Moisturiser bukan ramuan magik yang boleh bekerja sendiri. Ia perlukan timing, teknik dan pemahaman kulit yang betul. Jadikan rutin harian anda sebagai satu ritual self-care yang anda faham, bukan sekadar ikut trend TikTok semata. Bila anda betul-betul faham, setiap sapuan akan menjadi satu bentuk self-love, bukan sekadar rutin harian yang kosong.
Moisturiser ibarat BFF dalam dunia kecantikan. Sentiasa ada, setia menemani pagi dan malam. Tapi pelik, walaupun sapu hari-hari, kulit tetap rasa kering, makeup cakey, malah jerawat makin ligat muncul? Masalahnya mungkin bukan terletak pada produk, tetapi cara anda menggunakannya yang buat semua effort menjadi sia-sia.
EH! bongkar lima sebab utama kenapa pelembap anda gagal bekerja walaupun anda sudah invest dalam produk viral dan high-end. Mungkin sudah tiba masanya anda bukan sekadar sapu, tetapi faham betul-betul cara untuk manfaatkan moisturiser agar kulit anda betul-betul dapat manfaat dari apa yang ia perlukan.
1. Skip Toner Atau Essence
Jika anda terus menyapu moisturiser selepas mencuci muka, anda mungkin sudah sabotaj rutin sendiri tanpa sedar. Kulit yang kering selepas mencuci ibarat sponge keras, ia susah untuk serap apa-apa, termasuklah pelembap. Akibatnya, moisturiser hanya duduk di permukaan dan gagal menjalankan tugas sebenar.
Tip EH!: Segarkan kulit dengan toner atau essence terlebih dahulu sementara kulit masih sedikit lembap. Langkah ini membantu untuk prep kulit supaya lebih bersedia menyerap pelembap, sekaligus mengunci hidrasi dengan lebih berkesan. Simple, tapi game changer buat kulit anda.
2. Layering Produk
Ramai yang salah langkah apabila layering produk. letak serum terus facial oil, baru sapu moisturiser. Malangnya, bila anda letak minyak terlebih dahulu, ia bertindak sebagai penghalang dan akan membuat moisturiser tidak dapat meresap. Ataupun anda guna produk terlalu tebal dan akan menyebabkan kulit menjadi sukar bernafas.
Tip EH!: Ikut aturan dari tekstur paling ringan ke paling berat iaitu toner, serum, moisturiser dan biarkan setiap lapisan meresap tiga puluh hingga enam puluh saat saat sebelum lapisan seterusnya.
3. Formula Tidak Sesuai
Kulit berminyak guna pelembap krim pekat. Kulit kering pula guna gel ringan? Sama ada pori akan tersumbat atau kulit akan masih rasa kering dan tegang. Ini antara punca utama kenapa moisturiser anda tidak bekerja seperti yang diharap. Ingat, moisturiser bukan sekadar sapu dan siap ia perlu serasi dengan keperluan sebenar kulit.
Tip EH!: Fahami jenis kulit anda. Cari keyword seperti “oil-free” untuk kulit berminyak, “intense hydration” untuk kulit kering, atau “soothing dan calming” untuk kulit sensitif.
4. Kuantiti Terlalu Sedikit Atau Terlalu Banyak
Secubit kecil tidak akan cukup untuk cover seluruh wajah tetapi sesudu besar pula boleh membazir dan buat kulit terasa melekit. Bila tidak cukup, kulit tidak dapat pelindungan secukupnya. Bila terlebih, pori pula boleh tersumbat.
Tip EH!: Gunakan anggaran saiz duit syiling sepuluh sen untuk seluruh muka. Dab perlahan-lahan supaya ia betul-betul menyerap, bukan hanya duduk di permukaan wajah sahaja.
5. Skin Barrier Rosak
Jika kulit anda menggelupas atau pedih apabila memakai produk, atau sentiasa kering tidak kira berapa banyak moisturiser digunakan ini mungkin tanda skin barrier anda rosak. Bila lapisan pelindung kulit terganggu, tiada produk akan berkesan.
Tip EH!: Hentikan produk exfoliating atau aktif buat sementara waktu. Fokus pada barrier-repair ingredients seperti ceramide, centella asiatica, hyaluronic acid atau panthenol.
Artikel Berkaitan: Top 5 Produk Cantikkan Kulit Terbaru Bulan Ini