3. Kim Kardashian
Rawatan Pontianak (Vampire facial)- suntikan darah pastinya tidak akan terlintas di fikiran anda…
Doktor kosmetik Kim Kardashian mendakwa rawatan ini boleh melambatkan malah membalikkan proses penuaan dengan menggebukan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan. Prosedur itu dipaparkan dalam satu episod pertunjukan spin off Keeping Up With the Kardashians, Kim dan Kourtney Take Miami pada 2013.