Prosedur kecantikan bukanlah satu hal asing di kalangan bintang popular. Tekanan dan keadaan sekeliling dengan ekspetasi untuk tampil sempurna ada masanya menjadi penyebab ramai selebriti sanggup melakukan pembedahan demi menutup ketidaksempurnaan.
Namun tidak semua gembira dengan keputusan yang dibuat, ramai juga berubah fikiran serta menyesal. Mereka akhirnya mengambil keputusan ‘berpatah balik’ dengan membuang benda asing di dalam tubuh. EH! senaraikan lima selebriti yang membuang implan buah dada mereka.
Chrissy Teigen
Isteri kepada penyanyi R&B tersohor, John legend ini mengambil keputusan untuk membuang implant buah dadanya tahun lalu. Namun hasratnya itu tergendala akibat pandemik Covid-19. “Saya rasa sudah cukup dengan implan ini. Saya mahu selesa mengenakan gaun tanpa rasa sendat dan baring dengan selesa,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.