Pamela Anderson
Bintang siri ‘Baywatch’ ini memang cukup dikenali dengan bentuk buah dadanya yang montok sehingga meletakkan dia sebagai salah seorang simbol seks era 90-an. Namun begitu sebelum memasuki era milennium, Pamela mengambil keputusan untuk membuang implan buah dadanya. “Saya bertubuh genit tetapi buah dada saya besar, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Jadi saya ambil keputusan untuk buang saja implan ini,” jawabnya yang turut mengakui sewaktu mahu membuang implan tersebut doktor mendapati salah satu implan tersebut sudah bocor.