Inginkan solekan tahan lama?
Bagi memastikan solekan kekal segar sepanjang hari, sama ada anda berada di luar rumah, berpeluh atau bergerak aktif, pemilihan setting powder terbaik yang tepat sangat penting.
Setting powder atau bedak penetap kalis peluh bukan sahaja membantu mengunci asas solekan, malah memberi kemasan matte yang tahan lebih lama.
EH! senaraikan 5 setting powder kalis peluh terbaik yang menjadi pilihan ramai dan terbukti berkesan mengekalkan solekan walau dalam cuaca ekstrem.
1. FIT ME® Loose Powder 12H Wear Shine Control
Fit Me® Loose Powder 12H Wear Shine Control adalah bedak penetap mineral-based yang direka khas untuk menyerap dan mengawal minyak. Ia menawarkan kemasan matte yang flawless, sesuai diguna sebagai finishing pad pada teknik akhir solekan. Dijual pada harga sekitar RM56.90 untuk saiz 20g dan terdapat dalam 5 pilihan tona yang disesuaikan dengan pelbagai undertone kulit.
Jika anda mahukan tampilan natural & blur tanpa cakey, ini antara pilihan yang baik.
Namun, jika kulit anda kering atau sensitif, produk ini mungkin mengakibatkan tekstur nampak lebih jelas atau rasa tidak selesa.
2. Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Setting Powder
Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Setting Powder adalah bedak penetap yang direka untuk memberikan kemasan matte halus dan mengekalkan solekan sepanjang hari. Terdapat dalam 8 pilihan tona yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit dengan hasil akhir seperti kemasan photo‑soft, kaburkan liang pori, garis halus dan ketidaksempurnaan kulit tanpa kesan flashback dalam gambar.
Pilihan terbaik untuk kulit kombinasi, memberikan hasil kemasan ‘soft-focus’ yang tahan lama dan seimbang antara pengawalan minyak & tekstur kulit.
3. GIVENCHY Prisme Libre 4-Color Loose Powder Mini
GIVENCHY Prisme Libre Mini 4‑Color Loose Powder dirumus untuk memberikan kesan kabur (blur) selama + 12 jam dan 24 jam kemasan matte bersinar isian teknologi Prismatic Light™ yang memfokuskan serta memantulkan cahaya semulajadi kulit.
Tersedia dalam 7 tona harmonisasi warna, bedak penetap ini mempunyai sifat colour-correcting, keempat-empat rona membantu menyeimbangkan kemerahan, kuning, gelap serta memberi kemasan glowing.
4. Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder
Menjanjikan kawalan minyak sehingga 24 jam, kemasan matte halus tanpa flashback, serta tahan lama sepanjang hari, Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Formula ini diformulasikan daripada talc (talcum powder) yang membantu menyerap lembapan dan memberikan kemasan matte.
Jika keinginan anda adalah untuk hasil kemasan yang sangat lembut, tak berat dan natural serta tahan lama untuk solekan harian, then this is the ones!
5. Huda Beauty Easy Bake Loose Powder
Pilihan dalam 10 pilihan tona berwarna dengan pigment halus yang dapat memperhalus dan mematang solekan anda. Huda Beauty Easy Bake Loose Powder merupakan bedak waterproof terbaik sesuai untuk cuaca lembap, sambil memberi kemasan matte halus dan blurring seperti kesan filter.
Tetapi jika anda mempunyai kulit kering atau jenis yang sensitif, ia akan menyebabkan kekeringan, kegatalan dan creasing, terutama bawah mata.