Base yang cantik memang penting, tetapi rahsia sebenar solekan yang tahan lama terletak pada setting spray yang mampu mengunci setiap lapisan solekan dengan kemas.
Kita selalunya terlalu fokus pada foundation, concealer dan powder, sedangkan hero sebenar yang mengunci segala usaha solekan adalah setting spray. Dengan trend glam real-skin look yang mendominasi 2025, setting spray boleh dikatakan item wajib yang menjadi senjata di vanity table setiap beauty lover. Dari kemasan dewy yang segar hinggalah matte yang kemas, inilah lima setting spray terbaik pilihan EH! untuk tahun 2025 ini.
Lima setting spray Terbaik Pilihan EH! 2025;
1. Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray
Holy grail dalam dunia setting spray. Charlotte Tilbury menghasilkan formula yang mengunci solekan berjam-jam tanpa rasa berat atau melekit. Hasil akhirnya tampak flawless, smooth, dan seakan di-airbrush, persis namanya.
EH! suka kerana: Sesuai untuk semua jenis kulit, menjadikan solekan ringkas atau full glam kelihatan lebih mahal dan kemas.

2. Shu Umeura Unlimited Makeup Fix Mist
Ringan, halus dan hampir tidak terasa di kulit. Shu Uemura sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahukan solekan tahan lama tanpa menjejaskan keselesaan. Formulanya membantu mengekalkan kelembapan kulit sambil memastikan base kekal cantik dan sekata sepanjang hari.

3. MAC Fix+ Multitasking Setting Spray
Ikonik dan relevan sepanjang masa. MAC Fix+ bukan sekadar mengunci solekan ia juga berfungsi untuk menyegarkan kulit, ‘meld’ makeup supaya nampak lebih natural. Digunakan sebelum, selepas atau semasa hari sibuk, ia juga berfungsi sebagai penyegar segera.

4. Anastasia Beverly Hills Impeccable 24HR Blurring Matte Setting Spray

5. Make Up For Ever Mist & Fix

