Bayangkan diri anda melangkah masuk ke sebuah ruang yang mendamaikan dan haruman aromaterapi lembut menyambut dari pintu dan dekorasi yang bukan sahaja menenangkan mata, tetapi turut membelai jiwa. Di sinilah tempat tubuh berehat, minda bertenang, dan kamera pun tidak ketinggalan merakam momen indah kerana ruang ini bukan sekadar untuk healing, tetapi juga cukup cantik untuk menghiasi feed Instagram anda.
Di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, mencari ruang untuk pause bukan sahaja satu keperluan tetapi satu bentuk self-love yang wajib kita utamakan. Dengan to-do list yang tak berkesudahan, tidak salah untuk ‘lari’ seketika luangkan masa merawat diri. Bukan hanya tubuh yang perlukan urutan, emosi dan jiwa juga perlu dibelai.
Menariknya, kini semakin banyak spa yang bukan sahaja menawarkan servis berkualiti tinggi, tetapi turut memberikan pengalaman visual yang memukau cukup sempurna untuk generasi yang mahukan healing session yang aesthetic. sudah banyak pilihan spa di Kuala Lumpur kini memenuhi standard Instagram-worthy yang ramai dambakan. Sama ada anda mahu manjakan diri selepas minggu yang panjang, atau merancang self-care date bersama bestie, EH! senaraikan lima lokasi spa yang anda boleh berhenti sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan kembali mengenali diri sendiri.
1. Hammam Spa, Bangsar Village II
Lokasi: Tingkat 3, Bangsar Village II
Langkah pertama ke dalam Hammam Spa sudah cukup membuat anda terlupa bahawa anda masih berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ilhamnya dari tradisi mandi Maghribi, spa ini menyatukan elemen eksotik Timur Tengah dengan suasana mewah yang memanjakan setiap deria. Dinding mozek berkilauan, ukiran kayu yang halus dan pencahayaan temaram mencipta suasana seolah-olah anda sedang berehat di sebuah riad di Marrakech. Rawatannya pula bukan sekadar estetika tetapi dari ritual hammam yang melegakan, ke skrub tubuh menyegarkan dan facial yang mengembalikan sinar wajah, semuanya dirangka untuk menyucikan tubuh dan jiwa.
2. The Majestic Spa, Hotel Majestic KL
Lokasi: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bagaikan melangkah masuk ke babak klasik Downton Abbey, The Majestic Spa memancarkan aura elegan era kolonial British yang memukau dari setiap sudut. Bertemakan art deco mewah dengan sentuhan emas, lantai marble dan chandelier yang berkilau, spa ini menawarkan pengalaman rawatan yang bukan sekadar menyegarkan tetapi terasa seperti kemewahan yang dihidang khusus buat bangsawan. Terletak dalam bangunan ikonik Hotel Majestic, ruang spa ini sangat fotogenik dan sesuai untuk anda yang menghargai keanggunan old-money dan keindahan perincian.
3. UR SPA @ The RuMa Hotel & Residences
Lokasi: The RuMa Hotel and Residences 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terletak dalam hotel butik mewah The RuMa, UR SPA adalah lambang ketenangan moden yang menyatu indah antara tradisi Timur dan inovasi sains kecantikan. Ruangnya tampil ultra-minimalis dengan dinding kayu melengkung, palet warna tanah dan cahaya semula jadi yang memantul lembut mencipta suasana tenang yang begitu mendamaikan. Di sinilah tubuh anda diraikan secara menyeluruh, menerusi rawatan yang dirangka mengikut keperluan peribadi, menggunakan ramuan botanikal tempatan yang bersih dan berkesan.
4. Billion Onsen & Aesthetic
Lokasi: Tingkat 1, 33, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menggabungkan konsep rawatan Jepun moden dengan teknologi estetik terkini, Billion Wellness Onsen & Aesthetic tampil sebagai salah satu destinasi paling mewah dan serba lengkap di Kuala Lumpur. Di sinilah anda boleh merasai pengalaman berendam dalam Japanese onsen yang sebenar menggunakan air mineral yang dipanaskan secara khas untuk detoksifikasi tubuh dan memperbaiki peredaran darah. Suasana di ruang onsen juga sangat eksklusif, minimalis dan menenangkan, seolah-olah berada di sebuah ryokan moden di Kyoto. Selain itu, spa ini turut menawarkan pelbagai servis estetik seperti rawatan wajah menggunakan mesin berteknologi tinggi, slimming treatment, serta terapi kulit yang disesuaikan dengan keperluan individu. Dari ritual rendaman sehingga ke sesi facial berkelas, setiap langkah di sini menjanjikan transformasi dalaman dan luaran.
5. Khareyana Spa
Lokasi: 36, Jalan Selangor, Pjs 7, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Jika anda mendambakan sentuhan kecantikan yang berakar alam semulajadi, Khareyana Spa adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Terletak di tengah kawasan kejiranan yang tenang, spa ini membawa anda menyelusuri pengalaman rawatan dalam suasana yang begitu eksklusif dan menenangkan. Dihias indah dengan elemen seni ukiran kayu, bunga-bungaan segar dan haruman herba, setiap inci ruangnya bagaikan helaian puisi tradisional yang dihidupkan kembali. Rawatan di sini juga menyatukan kaedah tradisional dengan pendekatan moden yang lembut pada tubuh dan selamat untuk semua. Ia adalah tempat buat anda yang mencari ruang untuk reconnect dengan alam sambil memulihkan tubuh dari keletihan dunia moden.
Artikel Berkaitan: 5 Lokasi Rawatan HIFU Terbaik Anda Wajib Cuba