Daripada Latina lips hingga Douyin lips, trend bibir kini jauh lebih menarik daripada sekadar memilih warna gincu semata-mata.
Menjadi sebagai pelengkap kepada daily look, tanpa gincu, solekan tidak akan menjadi lebih menonjol. Jika dahulu ramai hanya memilih antara matte atau glossy, kini lip trends hadir dengan identiti tersendiri.
Beirkut merupakan antara 5 stail gincu yang paling trending dan ramai buat untuk enhance lagi ciri anda:
Stail Latina
Stail Latina merangkumi ciri-ciri berani dan well-defined. Jika bercakap tentang stail ini, ramai akan huraikan penampilan istimewanya berkisar pada kesan “ombré” atau “cerunan” yang berbeza. Dicipta menggunakan lip liner yang deep, dipasangkan dengan gincu berwarna hangat kontras atau berkilat.
Defined lip liner, bibir yang kelihatan lebih penuh serta rona merah klasik, warm nude dan coklat merupakan signature utama gaya Latina lips.
Stail Douyin

Douyin atau juga dikenali sebagai ‘Popsicle Lips’, terkenal di bahagian Asia Timur, viral dengan ciri-ciri blurred edges, kecerunan dimensi dan juga glassy menampakkan seperti bibir yang sihat. Sengaja meniru rupa makan popsicle, mencipta penampilan muda seperti anak patung tanpa garis bibir yang kasar.
Bibir yang kelihatan lebih penuh, soft gradient effect dan kemasan berkilat pada bahagian tengah bibir merupakan signature utama gaya Douyin lips.
Korean Gradient
Warna yang lebih pekat di bahagian dalam bibir dan semakin lembut ke arah luar merupakan signature utama gaya Korean gradient lips. Hasilnya, bibir kelihatan lebih lembut dan tidak terlalu defined.
Popular dalam dunia K-beauty, teknik ini sering dipadankan dengan rona merah jambu, merah atau koral untuk menghasilkan penampilan yang lebih segar, youthful dan natural.
Cherry Cola
Di saat trend makeup kembali ke era 90-an, Cherry Cola lipstick menjadi salah satu yang paling digemari kerana gabungan warna gelap dan glossy yang nampak bold tetapi masih wearable. Look ini terkenal dengan gabungan lip liner coklat gelap dan pusat bibir berwarna merah ceri yang memberi efek “juicy” dan penuh dimensi.
Yang membuatkan trend ini menarik ialah boleh disesuaikan mengikut mood. Sama ada dibuat soft untuk daily look atau digelapkan untuk kesan lebih dramatik, hasil akhirnya tetap memberi vibe retro yang klasik dan elegan.
Gaya Supermodel di 90s

Berbeza daripada cherry cola, stail yang satu ini memberi efek gradien yang ditengahnya menggunakan warna seperti nude atau beige. Lip liner yang digunakan seperti warna espresso atau dark brown, untuk highlight kelainan tekniknya.
Kalau cherry cola memberi efek vampire, gaya supermodel lips ini pula memberi efek yang lebih neutral dan high-contrast, dengan finishing matte atau boleh juga satin.






