3. Produk Yang Merosakkan Rambut.
Anda perlu menitikberatkan tentang ramuan yang terkandung di dalam produk penjagaan yang anda gunakan. Sulfat, sodium klorida, paraben, silikon, dan formaldihid, adalah antara bahan kimia yang sering ditambah dalam produk penjagaan rambut. Namun, bahan-bahan kimia ini boleh merosakkan dan menyebabkan keguguran rambut. Sebaiknya, elakkan penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia ini dan pilih produk organik atau buatan sendiri untuk membantu mencegah kerosakan kimia dan meningkatkan kesihatan rambut anda.