Jika betul langkah penggunaan dua produk ini, wajah yang letih dan lesu boleh kelihatan segar dan juga bebas cela.
Banyak tip dan trik yang anda boleh hasilkan melalui Penyamar Noda dan Color Corrector jika tahu caranya. Ada kemungkinan, cukup dengan pemakaian dua produk ini, anda tidak lagi memerlukan bedak asas dalam solekan harian!
Tapi jika ini pertama kali anda dengar tentang Color Corrector, fungsinya sama seperti penyamar noda, malah ia jatuh di dalam kategori yang sama. Ia dapat memulihkan ton kulit yang bermasalah seperti kulit kemerahan, kulit pucat dan kulit gelap kebiruan.
Seperti kata Jurusolek Selebriti Michael Anthony yang sering menyolek artis seperti Katy Perry, Gigi Hadid, poppy Delevingne dan ramai lagi, “ton hijau bagaikan magis apabila disapukan pada kulit yang mengalami rosacea pada pipi dan dahi. Merah jambu atau pic pula berupaya menyembunyikan kulit yang kusam. gunakan ton oren untuk menyembunyikan lingkaran gelap bawah mata. Kuning berupaya membuat kulit tampak cerah seperti dibahagian keliling mulut dan hidung manakala ungu elok untuk mengimbangkan kulit yang terlalu kuning atau pucat."