1. Kurangkan susu.
Produk tenusu organik mengandungi hormon lembu asli berupaya mengaktifkan minyak dan pembukaan pori wajah anda lantas menyebabkan jerawat. Jika anda masih inginkan susu dalam menu harian puasa anda, gunakan susu badam. Mudah dibuat, menyegarkan dan lazat, susu badam merupakan minuman yang sesuai untuk dihidangkan sepanjang Ramadan. Minuman ini diperkaya dengan kebaikan rendah kalori.