2. Kunci kecantikan: H20.
Minum banyak air adalah petua paling penting untuk menjaga kulit sepanjang Ramadan. Tanpa air yang cukup = kulit akan dehidrasi menyebabkan ia kering dan solekan wajah anda akan tampak cakey. Jadi, tukarkan amalan menu air gula kepada pengambilan air harian kira-kira 1.5 hingga 2 liter air dalam sehari.
Selain itu, air bukan sahaja bagus untuk kulit anda tetapi ia bagus untuk kesihatan seluruh. Salah satu petua paling mudah untuk memantau pengambilan air anda adalah dengan melekatkan label paras air pada botol, dengan ini, anda boleh tahu sama ada anda minum air yang mencukupi atau tidak. Selain itu, anda boleh menyelitkan air dengan buah-buahan seperti strawberi, timun, atau lemon untuk meningkatkan vitamin dan detoks badan anda.