Musim baru, rambut pun ikut berubah! Jika dulu, rambut hitam dianggap seksi dan menawan tapi kini selari dengan trend, warna rambut yang pelbagai dikatakan lebih up-to-date!
Ramai yang suka warnakan rambut dengan bermacam-macam warna tidak kira lah perempuan atau pun lelaki. Untuk dapatkan warna yang terang, anda perlu bleach rambut anda sampai tiga atau empat kali agar ia kelihatan lebih menyerlah. Tapi, ingat! Rambut yang diwarna dan di bleach perlukan penjagaan yang lebih rapi. Kalau tidak, warna idaman anda akan cepat pudar dan rambut anda akan cepat rosak. Oleh itu, jom EH! kongsikan tip untuk kekalkan warna rambut anda selepas mewarnakannya.
Semak Lima Tip Kekalkan Warna Rambut Selepas Mewarnakan;
1. Hadkan Mencuci Rambut
Kekalkan warna rambut anda dengan mengurangkan kekerapan membasuhnya. Selepas 3 hari pertama mewarnakan rambut anda, jangan syampu atau basuh rambut anda. Jika rambut anda mula berminyak, cuba guna sedikit semburan dry shampoo ia bukan sahaja menjaga kebersihan rambut tetapi juga membantu memastikan rambut dan kulit kepala anda berbau harum.
2. Syampu Khas
Sekiranya rambut anda berwarna, lebih baik jika mengunakan produk rambut yang khas khususnya untuk rambut berwarna. Setiap syampu mempunyai fungsi yang berbeza, selepas prosses mewarnakan rambut, adalah di sarankan untuk anda tunggu sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mencuci rambut dengan syampu. Ini akan membolehkan warna melekat dengan sempurna pada rambut anda.
3. Serum Rambut
Jangan lupa untuk menggunakan serum rambut dalam rutin penjagaan anda. Serum ini bukan sekadar menguatkan kilauan alami rambut anda, tetapi juga berfungsi sebagai pelindung yang mengurangkan pudar pada rambut anda. Selepas mewarnakan rambut, ia akan mudah kering. Oleh itu, anda perlu menggunakan serum rambut untuk mengelakkan rambut kering dan mengembalikan tekstur semula jadinya, menjadikannya lebih lembut, berkilau, dan terpelihara dengan baik.
4. Cuci Rambut Dengan Air sejuk
Penggunaan air panas ketika mencuci rambut ternyata boleh mempercepatkan proses pemudaran warna. Air panas berpotensi mengangkat lapisan pelindung warna, mengakibatkan warna rambut menjadi pudar. Oleh itu, selepas menggunakan syampu dan perapi, amat disarankan untuk anda membilas rambut dengan air sejuk, bagi memastikan warna rambut yang di warna tahan lebih lama.
5. Kurangkan Pengunaan Alat Stail Rambut
Pendedahan rambut kepada haba berlebihan, terutama daripada alat penggayaan rambut seperti pengering dan pengepit rambut, boleh merosakkan struktur rambut yang telah diwarna. Selain daripada mempercepatkan pemudaran warna, penggunaan alat ini juga boleh menyebabkan rambut anda menjadi lebih rapuh dan kering. Walaupun alat stail rambut ini boleh digunakan, disarankan agar anda menangguhkannya untuk beberapa waktu selepas proses pewarnaan. Jika perlu menggunakannya, cuba kurangkan frekuensinya dan pastikan anda mengaplikasikan perlindungan haba terlebih dahulu untuk meminimumkan kerosakan.
Artikel Berkaitan: Tambahkan Serum Ke Dalam Rutin Penjagaan Rambut Anda, Ini Produk Terbaik Pilihan EH!