Kaki antara aset kecantikan yang perlu dijaga juga, namun jika ia tumbuh terlalu banyak, bulu-bulu ini mungkin akan menjejaskan penampilan terutamanya buat golongan wanita berbanding lelaki.
Bagi sesetengah daripada kita, mencukur kaki adalah sebahagian daripada rutin penjagaan badan biasa kita. Ia adalah cara terpantas dan paling berpatutan untuk membuang rambut yang tidak diingini berbanding alternatif seperti waxing atau pembuangan rambut laser. Tetapi adakah anda bercukur dengan cara yang betul? Jika anda sentiasa mengalami kegatalan, timbul biji seperti strawberry di kulit kaki dan luka, jawapannya mungkin tidak.