Pernah menggayakan rona bibir dan kuku senada? Rona apa pilihan anda? Bagi EH! bulan ini, it’s red! Apabila bibir dan kuku dipalit rona siren ini, you ready to take the world!
Merah, merah, merah, mungkin ada yang bosan dengan rona ini, tapi percayalah ini adalah rona klasik yang wajib dimiliki baik di gerobok mahupun meja solek! Apabila anda mempunyai pilihan untuk berpenampilan seksi atau klasik, well dengan ton merah you can be both! EH! kongsikan tip pemakaian pengilat kuku merah supaya ia kelihatan kemas dan cantik.