Anugerah Golden Globes merupakan acara karpet merah besar pertama tahun ini, dan pastinya kita mengharapkan penampilan kecantikan yang luar biasa di layar skrin.
Golden Globes, yang sekali lagi membuka tirai 2025 dengan penuh glamor dan sentiasa dinantikan setiap tahun. Walaupun acara anugerah itu sendiri menjadi tumpuan utama, di mana para bintang berkumpul untuk meraikan pencapaian luar biasa dalam dunia perfileman dan televisyen, penampilan kecantikan adalah yang benar-benar membuatkan kami di EH! terpaku di depan skrin TV. Bukankah itu yang paling seronok? Kami pasti, apa yang kita lihat di karpet merah malam itu akan menjadi trend yang menghiasi acara-acara seterusnya dan mendominasi suapan media sosial kita dalam beberapa bulan mendatang.
Jika anda mahu tampil trendy dan penuh glamor pada tahun 2025, karpet merah Golden Globes adalah tempat yang tepat untuk mencari inspirasi. Berikut, EH! senaraikan beberapa gaya rambut selebriti Hollywood yang menjadi kegemaran kami dari Anugerah Golden Globe ke-82 yang pasti boleh dijadikan inspirasi untuk anda tampil lebih bergaya tahun ini.
1. Emma Stone
Emma Stone tidak pernah gagal memukau dengan setiap gaya rambut yang digayakan dan di Golden Globes 2025, dia sekali lagi berjaya mencuri tumpuan. Kali ini, dia tampil dengan potongan pixie yang fresh dan penuh karakter, memberikan vibe moden dan berani yang pasti menjadi perhatian. Potongan ini tidak hanya menyerlahkan ciri wajahnya, tetapi juga memberikan aura yang lebih dinamik dan elegan.
Ditambah dengan sentuhan Evergreen Styling Cream dari stylist selebriti Mara Roszak, gaya rambut ini benar-benar menonjolkan kesan berani dan anggun pada masa yang sama. Bagi mereka yang ingin tampil dengan penampilan yang edgy tetapi tetap sofistikated, pixie cut ala Emma Stone adalah pilihan yang sempurna!
2. Zendaya
Zendaya memang terkenal dengan gaya rambut yang anggun dan selalu memberi impak besar, dan di Golden Globes kali ini, dia kembali memukau dengan gaya potongan bob volume. Gaya ini bukan sahaja memberikan sentuhan “Old Hollywood” yang klasik, tetapi juga membawa aura glamor. Potongan bob yang penuh volume ini sangat menyerlahkan bentuk wajahnya dengan sempurna, sementara gelombangnya yang natural memberi kesan elegan yang tidak berlebihan.
Ditambah dengan blush rose yang mencuri perhatian, Zendaya membuktikan bahawa gaya klasik sentiasa relevan dan mampu mencipta kesan yang memukau pada setiap acara. Tak dinafikan, gaya rambutnya menjadi tumpuan utama look zendaya di acara ini.
3. Ariana Grande
Ariana Grande mencuri tumpuan dengan gaya yang begitu ikonik dan penuh pesona, memberi penghormatan kepada legenda fesyen, Audrey Hepburn. Baby bangs yang sempurna, digayakan bersama gaun Givenchy Haute Couture, mencipta penampilan yang chic dan sofistikated, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang segar. Gaya ini bukan sahaja menyerlahkan sisi feminin Ariana, tetapi juga memberi vibe berani dan penuh keyakinan, menjadikannya pilihan sempurna untuk mereka yang ingin tampil memukau dan berkelas.
Dengan setiap helai rambut yang teratur rapi, Ariana membuktikan bahawa gaya klasik tak pernah ketinggalan zaman ia terus relevan, abadi, dan sentiasa berani. Gaya ini adalah definisi sebenar glamor yang segar, sempurna untuk tahun 2025!
4. Alexandra Daddario
Alexandra Daddario tampil memukau dengan penampilan yang penuh anggun dan classy. Dengan potongan rambut side-part yang sempurna, dia berjaya menyerlahkan wajahnya yang tajam, memberikan kesan elegan yang penuh pesona. Gaya rambut ini memberi aura yang sangat sofistikated, menambahkan dimensi yang lebih dramatik pada penampilannya. Ditambah pula dengan bibir merah menggoda, gaya ini mencipta impak yang tak terlepas dari perhatian, menjadikannya pilihan yang tepat untuk acara seprestij seperti Golden Globes.
Dengan keseimbangan antara bold dan timeless, gaya rambut side-part ini pasti akan menjadi trend pada tahun ini, memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin tampil dengan penampilan yang berani namun tetap elegan.
5. Zoë Kravitz
Zoë Kravitz memilih gaya updo yang sangat elegan dengan ballerina bun yang rapi dan sempurna. Potongan rambut ini bukan sahaja memberikan penampilan yang anggun, tetapi juga memancarkan sofistikasi yang luar biasa. Digayakan bersama gaun strapless yang menawan, setiap gerakan Zoë di karpet merah membuktikan bahawa kesederhanaan boleh menjadi berkelas dan memikat. Solekan rose yang halus dan natural menambahkan lagi keanggunan gaya ini, menjadikannya penampilan yang penuh pesona.
Gaya rambut ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mahu tampil dengan gaya minimalis namun tetap menonjolkan sisi elegan dan glamor. gaya ini memberi kesan timeless, sesuai untuk apa jua acara.
Artikel Berkaitan: 7 Momen Golden Globes 2024 Yang Lucu & Mengemparkan