Dengan kebangkitan media sosial seperti TikTok, trend solekan juga akan lebih pantas menjadi tular dan ikutan. Dan kerana TikTok banyak dikuasai oleh kelompok gen-z, jadi idea solekan yang ‘muda’ menjadi lebih popular.
Solekan mungkin pada sesetengah orang sekadar untuk bercantik-cantik, tetapi sama seperti stail baju-baju yang kita pakai, solekan juga adalah penanda kepada garis masa atau satu-satu era. Lain tahun lain stail solekannya. Untuk tahun 2023, apakah gaya solekan yang bakal jadi ikutan? EH! bariskan lima yang dijangka popular.
Skinmalism
Skintellectual atau skinmalism akan terus popular di sebalik ketagihan solekan tebal di kalangan sesetengah wanita. Lambakan produk penjagaan kulit, tambahan pula dengan penyebaran kempen sustainability (ramuan dalam produk kecantikan), perhatian kepada hal penjagaan kulit akan terus menjadi keutamaan. Ketika ini tular video Hailey Bieber bersolek, ramai yang mempersendakannya yang hanya mencalit-calit saja alat soleknya, namun percayalah itulah yang seeloknya jika anda konsisten memberi perhatian kepada penjagaan kulit.