Y2K
Solekan berkilat dan berkilauan ala Y2K dijangka akan terus diminati sepanjang tahun ini. Gen-Z nampaknya belum puas untuk bereksperimen dengan idea solekan ini yang dilihat sangat fun. Berpandukan produk-produk solekan yang ada di pasaran, pastinya stail solekan ini akan terus tular. Tapi saya harap idea dan cara aplikasinya akan lebih pelbagai, tidak terhad dengan cara solekan awal 2000-an dulu semata. Cuba adunkan idea yang lebih terkini.