EH! bariskan enam foundation atau bedak asas yang sedang rancak dipromosikan jurusolek selebriti ketika ini. Ada yang matte, ada yang glow, mana satu pilihan hati?
DIOR FOREVER SKIN WEAR, RM305
Ramai juga jurusolek selebriti mempromosi bedak asas ini lewat kebelakangan ini. Dan saya rasa tahun ini ramai yang mahu kembali kepada kemasan pusam, beberapa jenama terkenal nampaknya melancarkan bedak asas dengan kemasan matte tahun ini termasuklah Dior yang menambah koleksi Dior Forever dengan Skin Wear. Biasanya yang matte, coverage nya lebih penuh. Formula Dior Forever Skin Wear dilengkapkan dengan tiga bahan utama iaitu asid hyaluronik, niacinamide dan peptide untuk mencipta kulit yang luminous tapi dalam kemasan pusam. Formula ini boleh dibina (buildable), jadi sesiapa boleh mencipta solekan sempurna versi mereka sendiri. Dapatkan di pautan DIOR. Boleh lihat reels tutorial solekan Sahir Sabri menggunakan foundation ini di SINI!

CLARINS DOUBLE SERUM FOUNDATION, RM265
“Best kan foundation ni?”, kata jurusolek Sahir Sabri kepada saya. Kebetulan dia dan saya menerima PR kit dari Clarins, jadi kami sama-sama bertukar pandangan tentang bedak asas ini. Saya sendiri memang pengguna Clarins Double Serum, jadi bila bedak asas ini diberikan pada saya, memang teruja nak mencuba. Ringan dan glowing. Itu yang boleh saya simpulkan tentang foundation ini. Kalau kulit yang dah tersedia cantik, foundation ini just perfect untuk anda. Tapi jika kulit anda ada cela sana sini, boleh tambahkan concealer kerana foundation ini ringan dan bukan full coverage. Bedak asas ini cukup sempurna untuk penggunaan setiap hari.
GIORGIO ARMANI LUMINOUS SILK FOUNDATION, RM300
Kalau nak tahu, inilah salah satu foundation kesukaan saya. Bila memakainya bagaikan memakai pelebap kerana ringan dan lagi satu warnanya memang mesra dengan ton kulit saya. Diperkenalkan sejak 25 tahun dahulu, bedak asas kebanggaan Armani Beauty ini hadir dengan formula terkini. Bedak asas cecair versi baharu ini lebih glow dan ringan, bagaikan tidak memakai apa-apa di kulit. Versi yang baru ini juga mengandungi bahan penjagaan kulit yang membuatkan bedak asas ini bukan saja untuk mencantikkan kulit malah dalam waktu yang sama membelainya. Ada 20 warna untuk anda pilih.

NARS NATURAL MATTE LONGWEAR FOUNDATION, RM245
Saya tertarik dengan foundation ini selepas terlihat reels Syed Fazial membuat demonstrasi menggunakan bedak asas baru ini di Instagram. Saya percaya foundation ini akan jadi kesukaan ramai kerana orang kita memang sukakan bedak asas yang buildable, dan coverage yang ini dari medium hingga ke liputan penuh. Lagi satu kenapa saya kata orang akan suka foundation ini kerana ia hadir dalam kemasan pusam (matte) dan tahan lama. Ia juga mengaburi pori yang jelas kelihatan. Walaupun full coverage tapi teksturnya masih ringan dan masih lagi breathable, dan 97 peratus yang dah mencubanya bersetuju kemasannya bagaikan filter.

HOURGLASS ILLUSION LUMINOUS GLOW FOUNDATION, RM324
Ini lagi satu foundation yang banyak dikongsikan jurusolek di media sosial. Hourglass memang terkenal dengan pilihan bedak asas dan penyamar noda yang bagus-bagus. Yang satu ini hadir dengan efek glow dengan liputan sederhana. Mengandungi SPF30, bedak asas ini boleh bertahan sampai 12 jam pemakaian, tidak mudah caking atau creasing, malah makin kerap dipakai makin cantik kulit kerana ia mengandungi bahan penjagaan kulit, sama seperti foundation lain. “Flawless coverage” tulis jurusolek selebriti, Ahma Dani di Instagramnya. Tonton video Ahma Dani unboxing bedak asas ini di link INI!
HERMES PLEIN AIR LUMINOUS MATTE SKINCARE FOUNDATION, RM750
Saya terbaca tentang foundation ini di dalam tentang Hermès Luminous Matte Skincare Foundatiom di dalam majalah British Vogue. Apa yang saya tertarik tentang bedak asas ini ialah ia mengandungi 82 peratus bahan penjagaan kulit seperti niacinamide dan asid hyaluronik, jadi saya boleh bayangkan betapa ringannya tekstur bedak asas ini, mesti seperti memakai serum atau pelembap muka saja rasanya. Ia juga humidity-resistant, jadi sesuai dengan cuaca kebelakangan ini yang terlebih hangat.






