Sepanjang Jelajah “Midnight Sun”, Zara Larsson bukan sahaja menyajikan vokal dan tarian terbaik, malah makeup look yang mencuri perhatian dan menjadi tular. Berikut merupakan produk yang digunakan oleh jurusolek Zara.
Saya tidak pasti, mungkin kerana minat saya terhadap dunia solekan, content seperti ini kerap muncul di FYP TikTok saya. Dan boleh dikatakan, era clean makeup bakal berakhir, maximalist makeup dijangka akan kembali mendominasi dunia kecantikan menjelang 2026.
Untuk kali ini, penampilan Zara Larsson lebih menjurus kepada konsep “Y2K playful maximalist”, di mana dia bereksperimen dengan warna-warna berani, lip liner yang ketara, sentuhan glitter serta manik-manik yang menyerlah.
Disebabkan look ini terlalu eye-catching, saya membuat sedikit kajian untuk mengetahui siapa jurusolek di sebalik penampilan Zara Larsson serta produk yang digunakan sepanjang jelajah album terbaharunya, “Midnight Sun.”
Sophia Sinot, jurusolek yang berjaya menjadikan look Zara Larsson tular di TikTok. Jika anda mengenali Sophia, pasti anda tahu sentuhan magisnya yang sangat unik. Antara selebriti yang pernah dirias olehnya termasuk Doja Cat, Dove Cameron, Emma Chamberlain dan ramai lagi.
Sophia telah bekerjasama dengan Zara selama lima tahun, namun ini merupakan kali pertama dia turut serta dalam jelajah konsert Zara. Sudah tentu, perkara pertama yang ingin kita tahu ialah produk apakah yang digunakan untuk menghasilkan solekan seberani dan semenarik ini. Jadi, di bawah ini saya senaraikan produk yang dikongsi oleh Sophia khas untuk anda yang ingin mencuba sendiri look tersebut.
Beauty Bay Palette
Untuk rona mata yang lebih vibrant dengan pigmen yang sangat pekat.



Caia Cosmetics Liquid Liners

Dior Beauty Liquid Liners

Lancôme Hypnôse Doll Eyes Mascara
Sapuan Maskara ini pada bulu mata bahagian bawah.



Baca:Chappell Roan Kini Duta M·A·C, Ekspresi Seni Tanpa Batas



