Solusi untuk kondisi kulit berjerawat berbeza, bergantung kepada bahan yang terdapat dalam produk cantik pilihan anda. Variasi serum ini jawapan bagi masalah kulit anda!
Jenis bekas jerawat merah
Pilih ramuan asid salicylic, vitamin C derivatif dan asid glycyrrhizic. Vitamin C derivatif dapat meredakan keradangan kulit dan ia juga memiliki efek tambahan seperti antioksidan dan membaiki produksi kolagen. Asid glycyrrhizic mempunyai fungsi sebagai anti-inflamasi untuk merawat jerawat yang masih merah. Manakala asid salicylic mempunyai efek pengelupasan untuk mengangkat keratin dari epidermis supaya ia menghalang keradangan parut jerawat dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
Jenis jerawat yang berkawah/berlubang
Pilih serum yang mengandungi kolegen dan ceramide. Dua kandungan ini dapat meningkatkan penghasilan atau pertumbuhan kulit baru. Kolagen mampu menghidrasi kulit dengan baik dan dapat membantu mengembalikan elastik kulit. Manakala ceramide membuatkan tekstur kulit kembali sihat dan rata.
Jenis jerawat hiperpigmentasi
Hydroquinone, asid tranexamic dan ekstrak plasenta merupakan bahan yang memberikan efek yang baik pada bekas luka jerawat hiperpigmentasi. Hydroquinone menghilangkan pigmentasi, asid tranexamic pula berfungsi membaiki pigmen melanin kulit dan mencerahkan kulit. Manakala ekstrak plasenta yang kaya dengan asid amino melembapkan kulit dan memperbaharui sel kulit.
Di sini EH! kongsikan beberapa serum yang berkesan bagi merawat kondusi kulit anda.