Menjelang Hari Kekasih, pasti saatnya untuk memberikan perhatian ekstra pada tata rias kuku agar ia tampil lebih menarik untuk diraikan sempena bulan romantik.
Tata rias kuku adalah satu bentuk ekspresi artistik yang boleh meningkatkan penampilan seseorang. Kecantikan dan penjagaan kuku mempunyai peranan yang tidak boleh diketepikan dalam menyambut bulan kasih sayang khususnya Hari Kekasih.
Kuku yang cantik dan rapi boleh menjadi sentuhan penamat yang sempurna untuk melengkapkan penampilan anda.
Mengapa kuku cantik sangat penting semasa Hari Kekasih?
Kuku yang dijaga dengan baik boleh menjadi medium ekspresi romantik. Warna, reka bentuk dan gaya kuku yang dipilih boleh mencerminkan perasaan cinta, kelembutan atau bahkan keberanian seseorang.
Untuk meraikan Hari Valentine, ramai orang memilih untuk menghias kuku mereka dengan sentuhan romantis. Kecantikan kuku bukan sahaja tentang estetika visual, tetapi juga tentang perasaan dan sentuhan yang mereka berikan.
Tampil menawan dengan 7 tata rias kuku sempena Hari Kekasih:
1. Heart Cat Eye
Gaya kuku “Heart Cat Eye” ialah gaya tata rias kuku yang menggunakan teknik khas yang dipanggil “cat eye’ atau “mata kucing.”
Teknik ini menghasilkan kesan yang serupa dengan mata kucing, di mana terdapat jalur cahaya yang menyerupai garisan di tengah warna gel kuku. Gaya ini sering digunakan dengan warna yang menarik dan berkilat untuk menambahkan sentuhan glamor.
@aminaoui colour is my Dove 1511 by @ICEGEL #cateyenails #velvetheartnail #cateyenailtrend #nailhack
2. Chrome Heart 3D
Gaya kuku “Chrome Heart 3D” merujuk kepada solek kuku yang merangkumi penggunaan kesan “Chrome” atau krom dalam reka bentuk kuku dengan penambahan elemen tiga dimensi (3D) untuk mencipta rupa yang dramatik dan menarik perhatian.
Gaya ini boleh digunakan dengan pelbagai warna dan reka bentuk, tetapi yang paling menarik ialah kesan krom yang memberikan kilauan hati pada kuku.
@vivianmariew cutie chrome hearts ₊˚⊹♡!! using @Daily Charme lilac + red mirror chrome powder (use ‘vivian’ for 💸 off!) technique from @Omn_studio design ib @𝗖𝗲𝗿𝗶𝘀𝗲 ♡ #chromenails #3dhearts #valentinesnails
3. Coquette
Ingin tampil menggodakan dan comel? Mungkin ini lah desain kuku yang anda perlu cuba tatkala ia sedang tular kini. Coquette ialah hiasan reben di atas gel kuku rata. Gaya ini boleh dicapai rupa mewah elegan dengan hiasan permata, mutiara dan glitters.
Anda juga boleh memilih pendekatan coquette yang lebih 2D denngan padanan warna lembut.
@nailluxbygiu Never been so obsessed about a set 🩷✨🩰🎀 #valentinesnails #coquetteaesthetic #coquettecore #coquettenails #naturanails #vdaynails #coquettegirl #girlynails #pinknails #pearlnails
4. Watermarble Heart
Reka bentuk kuku ini menggabungkan teknik celup dalam air dengan elemen gel berlapis menghasilkan desain hati pada kuku.
Teknik celup air ini melibatkan corak unik dengan menjatuhkan titisan pengilat kuku ke dalam air dan membentuk reka bentuk dengan alatan seperti pencungkil gigi atau kayu.
@samrosenails valentine’s watermarble ❤️ #nails #nailinspo #watermarble #watermarblenails #pleasing #nailart #valentinesnails #vdaynails
5. Elegant Rhinestones
Gaya kuku Rhinestones antara pilihan popular dan timeless dek zaman. Hiasan batu permata kecil, yang dikenal sebagai “Rhinestones” ini menambahkan sentuhan berkilau dan menarik pada kuku.
Lebih menark jika anda hanya menggayakan rhinestones ini pada jari hantu!
@heluviee rhinestones complete the look 🫶✨🤍 #nailtutorial #nails #heartnails #valentinesnails #gelnail #diynails #nailinspo
6. Minimalist Burgandy
Klasik dan tampak mewah. Buat anda yang ingin tampil berani pada Hari Kekasih, ini desain rekomendasi oleh kami.
Burgundy adalah warna yang kaya, mewah dan sering dianggap elegan. Reka bentuk ini boleh disesuaikan dari bentuk kuku panjang hingga ke pelbagai teknik rias kuku seperti ombre, glitter dan pelekat.
@thenaillologist a minimal burgundy valentines look 🥀♥️ ❥ liner brush from @wanderGEL official – code NAILOLOGIST10 for 10% off ❥ builder gel in shade ‘Frenchie’ from @Glitterbels by Annabel ❥ the rest of the products are linked on my storefront in my bio🫶 #nails #nailinspo #nailart #naildesign #valentines #valentinesnails
7. Pastel Heart
Bosan dengan warna satu set dan desain sama pada setiap kuku? Nah ini tampilan unik yang anda boleh gayakan pada kuku sempena Hari Kekasih. Warna pastel seperti unggu muda, merah jambu lembut dan biru awan tampak melegakan hati dan mata si pemakai. Hias bersama bentuk hati pada atas gel kuku dan kini anda sudah siap untuk dating!
@nailsbypaular cute & easy pastel nail art w/ the catchiest song in the background! <3 — using: @melodysusie pastel gel polishes and top coat! 🩷 • use my code paular12 for 12% off! 💸 #easynailart #pastelnails #valentinesnails #heartnails #nailart #nailhack #diynails #nailarttutorial #nails #cutenails #nailtok #fyp
Baca: Tip Mencantikkan Kuku