Tahun baharu tiba, dan inilah masanya untuk berkata “New Year, New Me” setelah berhempas-pulas menempuh tahun lepas, sudah tiba masanya untuk kita fresh start dan apa kata mulakan dari kepala.
Rawatan head spa adalah cara sempurna untuk reset diri. menyegarkan kulit kepala, menghidupkan akar rambut dan memberi ruang untuk minda bernafas. Setiap urutan dan aliran air membawa ketenangan, melepaskan tekanan, serta memulihkan kulit kepala yang penat, menjadikan pengalaman ini lebih daripada sekadar penjagaan rambut.
Dari teknologi analisis kulit kepala hingga sentuhan urutan yang memanjakan deria, EH! senaraikan tujuh head spa yang wajib anda cuba tahun baru ini. Mulakan tahun ini dengan rasa segar, seimbang dan penuh tenaga, kerana penjagaan diri adalah kunci untuk membuka babak baru yang lebih bermakna.
Tujuh Head Spa Wajib Anda Kunjungi Tahun Baru Ini;
1. GOYO
Dibuka pada Disember 2025, GOYO mencuri perhatian sebagai head spa pertama di Malaysia yang diinspirasikan oleh konsep Korean Hanok wellness sanctuary. Menawarkan pengalaman autentik Korea lengkap dengan body scrub tradisional, GOYO turut dilengkapi teknologi AI scalp analysis untuk rawatan yang lebih tepat. Urutan kepala premium bermula dari RM230, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mahukan gabungan teknologi dan ketenangan tradisional.

2. Emmebi Italia Head Spa
Mengangkat standard baharu dalam dunia head spa, Emmebi Italia merupakan spa berskala besar seluas 19,000 kaki persegi yang menggunakan produk penjagaan rambut dari Itali. Rawatan di sini memfokuskan isu keguguran rambut, kelemumur, kulit kepala berminyak serta masalah rambut selepas bersalin, dengan bilik rawatan peribadi dan bilik pasangan untuk pengalaman eksklusif.

3. Billion Onsen
Bagi pencinta rawatan berasaskan air dan terapi holistik, Billion Onsen menawarkan pengalaman head spa mewah yang diinspirasikan daripada konsep onsen dan terapi meridian. Rawatannya memberi fokus kepada detoksifikasi, kesihatan kulit kepala dan relaksasi mendalam. Sesuai untuk anda yang ingin melepaskan tekanan sambil memulihkan tenaga dalaman.

4. Heal Oasis
Dikenali dengan pendekatan inovatif, Heal Oasis menggabungkan teknologi apple stem cell dalam rawatan head spa mereka. Fokus utama adalah peremajaan kulit kepala, penguatan akar rambut dan pemulihan rambut rosak. Pilihan tepat untuk mereka yang mahukan rawatandengan sentuhan mewah.

5. Walking On Sunshine
Bukan sekadar cantik di mata, Walking On Sunshine menawarkan rawatan kulit kepala dan urutan badan dalam suasana moden dan bergaya. Rawatan di sini direka untuk menyegarkan kulit kepala sambil memberikan pengalaman spa yang menyeluruh. Sempurna untuk sesi self-care day yang santai dan Instagram-worthy.

6. TTE Elephant Headspa
Menawarkan suasana mewah dan privasi, TTE Elephant Headspa menggunakan produk semula jadi yang disesuaikan mengikut keperluan individu. Spa ini juga hijab-friendly, menjadikannya pilihan selesa untuk semua. Setiap rawatan dirancang secara peribadi bagi memastikan pengalaman yang menenangkan.

7. Pause Head Spa
Seperti namanya, Pause Head Spa mengajak anda untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian. Terletak di Mont Kiara, spa ini memberi fokus kepada pelepasan ketegangan dan penyegaran kulit kepala melalui rawatan yang diperibadikan. Ideal untuk mereka yang mencari ketenangan yang simple dan berkesan.

Artikel Berkaitan:
