Kehadiran jenama solekan lokal di Malaysia telah membuktikan bahawa kecantikan tidak mengenal sempadan. Jenama solekan lokal ini mempunyai ciri mereka tersendiri, meraih trend solekan terkini dan menjadikan industri kecantikan tempatan lebih eksklusif.
Kecantikan tidak hanya sekadar mengenai penampilan, ia telah menjadi ekspresi seni. Kehadiran jenama solekan lokal semakin meraih populariti di Malaysia, membawa keunikan kepada industri solekan. Populariti jenama solekan lokal masa kini tidak terlepas dari media sosial dan pempengaruh digital.
Memanfaatkan platform digital seperti TikTok dan Instagram untuk memperkenalkan produk solekan, jenama lokal ini bukan sahaja mewujudkan identiti mereka tersendiri tetapi juga membentuk pengikut yang kuat di dunia maya dengan menyajikan tutorial solekan yang memberi inspirasi dan dapat berinteraksi langsung dengan peminat. Oleh itu, EH! akan menggali lebih dalam 7 jenama solekan lokal yang menjadi kegemaran masa kini.
7 Jenama Solekan Lokal Popular Masa Kini:
1. Syed Dewa
Kepakaran Syed Dewa dalam bidang solekan sebagai jurusolek selebriti tidak perlu dipertikaikan lagi. Lebih-lebih lagi, apabila dia memperkenalkan jenama solekanya sendiri, Syed Dewa kosmetik, yang telah menjadi saluran kreatif untuk Syed mempamerkan komitmennya terhadap menghasilkan produk solekan yang berkualiti. Bermula dari pelbagai rona gincu yang menawan, bedak asas, palet dan pelbagai jenis kosmetik lain, koleksinya dijamin memikat hati anda.
2. NITA
Jenama solekan NITA tidak hanya sekadar mengikuti tren terkini, tetapi menetapkan standard baharu dalam dunia solekan. Diasaskan pada 2016 oleh Aznita Azman, NITA diilhamkan dari semangat mendalamnya terhadap dunia solekan dan kecantikan. Setiap produk NITA diceritakan melalui warna, formula dan inovasi yang beinspirasi daripada perjalanan peribadi Aznita sendiri.
3. Velvet Vanity
Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Velvet Vanity merupakan jenama tempatan yang diasaskan oleh Adlina. Dia percaya bahawa kecantikan tidak sepatutnya rumit dan dia menekankan konsep “less is actually more,” yang membolehkan kecantikan lebih mudah diakses tanpa menjejaskan kualiti. Mengukuhkan kedudukannya dalam dunia solekan dan kecantikan tempatan, dengan produk yang berkulaiti seperti pengilat bibir dan pelindung muka yang mendapat pujian meluas dikalangan peminat solekan.
4. Kamelia
Sama seperti jenama tempatan yang lain, Kamelia kosmetik berasal daripada nama pengasasnya, Kamelia Nisha, yang mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia solekan. Muncul sebagai jenama yang popular dikalangan peminat solekan lokal, ia menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan produk yang berkualiti tinggi. Perjalanan luar biasa Kamelia Nisha bukan sahaja mengubah minat peribadinya menjadi perniagaan yang berkembang maju, tetapi juga menjadi inspirasi kepada individu yang bercita-cita ingin mencapai kejayaan dalam bidang solekan.
5. BeauTyra
Jenama BeauTyra sering menjadi bualan hangat di media sosial, terutama di TikTok. Di era digital ini, BeauTyra tidak hanya sekadar sebuah jenama solekan, ia menjadi platform bagi pempengaruh digital kecantikan, Tyra Kamaruzzaman, untuk menyuarakan pendapat dengan memanfaatkan kekuatan media sosial untuk mempromosikan produknya dan juga memberi inspirasi kepada generasi baru yang minat terhadap solekan. BeauTyra telah meraih dukungan besar dari peminat solekan lokal dengan menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi.
6. Alha Alfa
Satu lagi jenama solekan tempatan yang bertujuan untuk menyediakan produk solekan berkualiti, iaitu Alha Alfa yang diasaskan oleh jurusolek Selebriti terkenal, Dato’ Alha Alfa. Bakatnya yang versatil sejak awal penglibatan, Alha Alfa kosmetik menyediakan produk kecantikan yang tidak hanya menekankan solekan luaran, tetapi juga memberikan perhatian pada perawatan kulit. Dengan penekanan pada bahan-bahan berkualiti tinggi dan formula yang inovatif, jenama ini berhasil membangun reputasi yang kuat di kalangan penggemar kosmetik, memikat hati peminat kecantikan.
7. Carya
Carya kosmetik telah melangkah maju dengan mengubah paradigma dunia solekan di Malaysia, berkembang terus menghasilkan produk yang berbeza dari jenama tempatan yang lain. Salah satu produk popularnya adalah, set solekan khas yang mempunyai semua yang anda perlukan dengan hanya dalam satu palet, seperti bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi dan gincu, sesuai buat anda yang ingin belajar asas solekan.
Artikel Berkaitan: 5 Produk Huda Beauty Terbaik Pilihan Pengarang