Masalah bibir gelap dan kusam ini memang menjejaskan penampilan diri. Usah gusar, ikuti petua semula jadi ini tanpa mengeluarkan bajet mahal.
Bibir hitam! Terus dicop perokok sedangkan anda dehidrasi atau tersalah menggunakan gincu murah dan tidak berkualiti menjadi punca kenapa bibir berubah warna. Tahukah anda, bibir bermasalah ini boleh dirawat secara semula jadi dan anda sendiri boleh lakukan di rumah.
Inginkan bibir kembali mungil, sihat dan kemerahan bab delima, jom cuba petua yang EH! Sarankan untuk mengembalikan keserian bibir dalam masa 7 hari.
Pati bunga mawar
Bunga mawar punya manfaat tersendiri. Kelopak bunga diambil segenggam dan ditumbuk atau direndam ke dalam air. Setelah itu, disapukan ke seluruh bibir selama 15-20 minit. Boleh juga dicampur susu segar dan gaul sebati. Boleh diamalkan sebelum tidur.
Khasiat madu dan mentega
Mentega membantu mengelakkan bibir pecah dan kering. Sediakan satu sudu besar mentega dan campurkan bersama sesudu besar madu. Sapukan pada bibir dan tinggalkan selama 10 minit dengan urutan lembut. Dikatakan dapat menyingkirkan sel mati pada kulit bibir.
Minyak zaitun
Sejak berkurun lamanya, buah zaitun punya khasiat yang mengagumkan. Selain membantu memerahkan kembali bibir, ia juga melembapkan kulit bibir secara semula jadi. Campurkan minyak zaitun bersama madu dan terus disapukan pada bibir dan urut secara perlahan dan biarkan ia meresap untuk 10 hingga 15 minit. Cuci dengan air bersih.
Gula
Sering menjadi bahan utama dalam pembuatan skrub bibir. Ambil gula kasar di dapur dan campurkan bersama Vaseline Original atau air suam. Kacau bahan-bahan dengan sebati dan sapukan pada bibir sehingga ianya kering dan bilas dengan air bersih. Boleh dilakukan dua kali sehari selepas bangun atau sebelum tidur.
Minum air secukupnya
Makin banyak anda minum air, kulit tubuh badan akan lebih lembap dan sihat. Minum air dalam jumlah tepat setiap hari mengelakkan kulit berada dalam keadaan kering.
Limau nipis
Asid yang terkandung dalam buah limau nipis ini dapat mengecutkan jerawat dan mengurangkan kelemumur secara semula jadi. Perahan air limau nipis turut berkesan dalam memerahkan bibir. Dengan campur sedikit air panas, kacau sebati dan sapu pada bibir, biarkan 15 minit. Bilas pula dengan air suam.
Ubat gigi
Bertindak menjaga persekitaran gigi agar lebih sihat. Tetapi, ia juga menjadi agen segera dalam memerahkan bibir. Cara mudah sahaja, gosok tipis ubat gigi pada bibir sebelum tidur dan cuci keesokan harinya. Cubalah, anda pada terkejut hasilnya.
Artikel berkaitan Bibir Merekah & Berdarah, Apa Punca dan Rawatannya?