Dari penjagaan kulit muka, rambut dan produk solekan dijadikan platform untuk
usahawan muda dan juga
selebriti berjinak Dunia kecantikan.
Apa yang menarik, setiap mereka bertungkus-lumus menghasilkan produk setaraf keluaran antarabangsa. Jika dulu, kita didedahkan dengan produk kecantikan yang berasaskan Timbang Kilo atau Krim Kilo. Maksudnya, bahan yang terkandung adalah merbahaya dan murah.
Kini, pengguna tegar produk tempatan sudah semakin celik dan bijak dalam memilih produk yang berkualiti dan tidak merbahaya. Oleh itu, EH bariskan 8 produk kecantikan tempatan setanding antarabangsa.
Vase Creation
Jenama kecantikan “Clean Beauty” pertama di Malaysia. Produk Vase Creation diakui halal sera tidak mengandungi petrokimia dan bahan sintetik. Produk terbaru yang bakal buat anda ingin cuba adalah koleksi Karamel Vase Creation iaitu Crème Brûlée Flavoured All-Natural Luxe
Lip Gloss dan Organic Stress Relief Pillow Mist.
Luxe Lip Gloss diformulasikan khas dengan bahan semula jadi yang selamat yakni Squalane berasal daripada tumbuhan, minyak kastor, intipati minyak jojoba, vitamin E dan mentol. Koleksi ini terdapat tiga variasi warna iaitu Jewel Milk, Winter in Paris and Lavande. Luxe Lip Gloss yang serba guna bukan sahaja menawarkan kemasan yang berkilauan dengan sensasi penyejukan daripada mentol yang sesuai untuk bersantai malah, ia juga boleh digunakan sebagai lip mask untuk memperbaiki bibir yang kering dan retak. Rasa crème brûlée terinspirasi oleh siri Netflix, Emily in Paris di mana Pierre Cadault memecahkan gula caramel crème brûlée dengan sudu. Harga di pasaran RM56 untuk pembelian ala carte dan RM159 untuk pembelian satu set 3 unit.
Vase Creation Organic Stress Relief Pillow Mist dihasilkan dengan campuran minyak pati tulen
organik untuk mengatasi masalah insomnia dengan tidur yang lebih lena, tanpa wangian sintetik. Diadun dengan teliti dan dikemas dalam penyembur tiub kaca 12ml yang sesuai untuk menghasilkan tidur yang sempurna. Kombinasi minyak pati: Lavender, Patchouli, Sweet Orange, Roman Chamomile, Vetiver dan Cedarwood, terkenal dengan faedah menenangkan minda dan bersantai. Harga di pasaran RM25
Lunaskinz
Dimiliki oleh secantik manis, Mira Filzah. Selepas kejayaan pertama Lunaskinz dalam pengeluaran supplement kecantikan, kini dia tampil pula dengan barisan produk solekan kaya dengan bahan semula jadi seperti minyak argan dan minyak serbuk halus beras sesuai untuk semua jenis kulit.
Fazura Skincare
Aktres terkenal, Fazura sememangnya terkenal dengan natural beauty yang membuatkan ramai tertambat hati. Jelasnya, kulit wajah seharusnya dijaga dengan rapi untuk kekal cantik dan sihat. Terbaru, dia melancarkan Fazura Skincare yang merangkumi set lengkap penjagaan kulit wajah antaranya pencuci muka, serum, krim siang, skrub muka dan krim malam.
Duck Cosmetics
Paling laris di pasaran! Duck Cosmetics antara menjadi pilihan wanita lokal. Sejak pertama kali dilancarkan sehingga kini ia terus mendapat sambutan. Setiap tahun, jenama ini akan menampilkan koleksi terbaru dan kegunaannya sangat mengagumkan.
Daripada seorang pakar nutrisi kini bergelar usahawan kosmetik dan mandian. Pemiliknya, Evelyn Marieta mengambil inisiatif sewaktu dirinya masih bergelar pakar nutrisi sepenuh masa untuk mencipta formula yang bebas dari bahan kimia. Wunderbath hanya menggunakan bahan semulajadi.
Pengasasnya Jane Chuck, Social Media Influencer mula memperkenalkan jenamanya sekitar tahun 2009. Hanya dengan menjual masker wajah yang mengandungi bahan terbaik untuk semua jenis kulit kini dia melangkah lagi dengan keluaran produk kedua iaitu krim wajah , For All Honey Cream yang bertindak pelembap ekstra untuk kulit wajah kering dan tidak bermaya.
Hanya berasaskan bahan semula jadi, Root Remedies semakin menjadi esensi utama dalam rutin penjagaan kulit wajah wanita tempatan dan tidak lupa untuk penjagaan tubuh badan. Setiap bahan terkandung telahpun mendapat kelulusan daripada GMP Cosmetics dan KKM. Minyak muka Prickly Pear Dewy Hydrating antara best seller di Root Remedies.
Our EH! Darling, Yaya Zahir terus melangkah jauh. Asly Beauty cipta fenomena tersendiri. Sesuai dengan gaya personalitinya, setiap produk terhasil penuh dengan keunikan.
Artikel berkaitan Tiga Warna Gincu, Tiga Karakter. Anda Yang Mana Satu?