EH! senaraikan tujuh pupur topeng paling syok pengalaman memakainya hingga boleh bikin kita terlena. Senarai ini berpandukan penglaman saya jugaperkongsian teman-teman industri yang sudah banyak mencuba pelbagai pupur topeng.
Apa yang saya suka tentang pupur topeng ialah ia sangat praktikal dan mudah. Ia tidak memerlukan kita membilas muka seperti sesetengah pupur lain misalnya yang hadir dalam bentuk tanah liat. Rata-ratanya memakai pupur sebelum tidur, bila sudah baring di atas katil kadang-kadang memang malas mahu bangkit, jadi tiada masalah jika sekadar memakai pupur jenis topeng, boleh tanggal dan buang sahaja.
LANCOME ADVANCED GÉNIFIQUE HYDROGEL MASK– Semua inti pati yang terkandung dalam sebotol Genifique diguna pakai dalam pupur muka ini. Hasil kajian selama 14 tahun, Genifique sudah memenangi lebih 150 anugerah kecantikan seluruh dunia. Pemakaian pupur ini membuatkan kulit lebih lembut, anjal dan tampak lebih muda.
DR. JART+ CRYO RUBBER™ WITH MOISTURIZING HYALURONIC ACID– Saya suka pupur ini, rasa sejuk membuatkan saya asyik mencuba pupur ini. Ia melembapkan kulit hasil hyaluronic acid yang terkandung dalam pupur ini yang mana ia juga memberi manfaat sebagai anti-penuaan. Berpandukan kajian ia mampu meredakan kemerahan kulit, memudarkan tompok hitam dan bagus untuk peredaran darah di wajah. Cryo adalah perkataan Greek yang membawa maksud getah.
CLARINS SUPER RESTORATIVE INSTANT LIFT SERUM MASK– Apa yang saya suka tentang pupur ini ialah ia bukan sahaja meliputi muka tapi ia juga mempunyai topeng untuk leher sekali. Ia mengandungi ekstrak harungana dan minyak shea yang membuatkan kulit lebih tegang dalam masa 15 minit.
Klik: Cara Membuat Pupur Sendiri di Rumah
LANEIGE WATER POCKET SHEET MASK– Topeng pupur ini hadir dalam enam versi dan masing-masing mempunyai fokusnya sendiri. Edisi Water Bank ini dicipta untuk penghidratan, membuatkan kulit lebih lembap hasil manfaat ion air mineral. Biarkan ia melitupi wajah selama 20 minit.
KIEHL’S CLEARLY CORRECTIVE CLARITY BOOSTER HYDRATION MASK- Gunakan selama 15 minit dan biarkan pupur ini bekerja untuk memudarkan tompok hitam, mencerahkan kulit dan melembap juga melembutkan kulit selain membuatkan ton kulit lebih sekata. Ia mengandungi ekstrak peoni dan hyaluronic acid.
GARNIER LIGHT COMPLETE SERUM MASK– Pupur topeng ini diperkaya dengan ekstrak lemon yang bertindak untuk mencerahkan wajah. Sama seperti pupur lain ia juga mengandungi hyaluronic acid untuk menghidrat kulit. Sesuai untuk semua kulit termasuklah kulit sensitif. Harga cuma RM7.50.
NEUTROGENA MOISTURIZING HYDRO BOOST HYDRATING FACE MASK – Jika mencari sesuatu yang harganya mesra poket, pupur dari Neutrogena ini antara yang memenuhi kehendak. Ia juga dimewahkan dengan hyaluronic acid untuk penghidratan kulit. Pengalaman memakai pupur tidak kurang seronok dibandingkan dengan pupur yang lebih tinggi harganya.