Ikon kini kembali! Urban Decay All Nighter Setting Spray kini membuat comeback dengan formula lebih hebat, memenuhi kehendak semua makeup junkie. EH! bariskan tujuh sebab mengapa semburan pengunci solekan ini wajib di dalam makeup kit semua kaki solek!
TIGA KEMASAN
Semburan wajah ini tampil dengan tiga kemasan berbeza, maknanya setiap semburan ada efek yang dapat dilihat, ia bukan sekadar semburan untuk menyegar dan melembapkan wajah. Hasil solekan anda boleh diperkemas dengan tiga efek berbeza menggunakan setting spray pilihan- dari ‘Natural’ (hitam), “Matte’ (merah jambu) dan juga ‘Glow’ (kuning).
TAHAN 24 JAM
Jika setting spray yang dulu mampu membuat solekan tahan hampir 16 jam, dengan formula baharu yang diperkenalkan oleh Urban Decay menerusi All Nighter Setting Spray, riasan wajah anda kini boleh tahan sehingga 24 jam. Terima kasih kepada Temperature Control Tehcnology yang secara segera menyejukkan kulit dan mengelakkan mekap mencair.
SEMBURAN HALUS
Urban Decay juga menaik taraf kehalusan semburan setting spray ini, 22 peratus lebih halus berbanding yang dahulu. Hasilnya, semburan terasa lebih ringan, halus dan mudah sebati dengan solekan.
SOLEKAN TIDAK ‘CRACK’
Semburan pengunci solekan ini diperhebat dengan Flex Seal Technology yang mana semburan ini ‘menyalut’ wajah tanpa membuatkan solekan menjadi kering atau ‘keras’, jadi secara tidak langsung solekan anda tidak akan crack.

TAHAN AIR & PELUH
Semburan wajah ini waterproof dan juga sweat-resistant, jadi anda tak perlu risau solekan bercapuk atau hilang apabila anda berpeluh. Ia juga smudge-proof dan transfer-resistant. Hebat bukan?
MENYAMARKAN PORI
Rata-rata yang menggunakan setting spray ini berpendapat pengunci solekan ini membuatkan pori lebih samar atau kabur selain membuatkan asas solekan nampak lebih mulus.
MENGUNCI TIAP LAPIS SOLEKAN
Semburan wajah yang melembap ini berfungsi pada setiap lapis solekan termasuklah pemerah pipi, pembayang mata mahupun asas solekan yang berlapis-lapis dari primer, bedak asas sampailah ke setting powder.

Urban Decay All Nighter Setting Spray boleh didapati di stop Sephora mahupun secara dalam talian di pautan INI. Hadir dalam dua saiz 30ml (RM80) dan 118ml (RM170).


