Setiap orang ada cara tersendiri dalam menjaga kecantikan, namun bagi saya bukan cara atau produk sahaja yang penting, konsisten itu lebih mustahak demi mendapatkan hasilnya. Kami kongsikan petua dan produk cantik yang diamalkan oleh tujuh selebriti antarabangsa terkenal berikut.
Jennifer Lopez
Penyanyi dan pelakon terkenal ini memang diakui kecantikannya. Malah pada usia melepasi separuh abad, dia masih diletakkan sebagai ikon cantik yang harus dicontohi. Menurut Jlo, dia sangat setia dengan minyak zaitun, dan dia percaya akan kebaikan buah tersebut dalam memelihara kecantikan. “Ibu dan makcik-makcik saya sejak dulu lagi memang sukakan minyak zaitun untuk buat muka nampak berseri-seri. Jadi bila saya bercadang untuk melancarkan jenama kecantikan sendiri (Jlo Beauty), saya terus ambil keputusan untuk menerokai kebaikan minyak zaitun. Dan kerana itulah minyak zaitun antara inti pati penting dalam produk saya,” katanya.