Penelope Cruz
Menurut aktres berusia 48 tahun ini, sejak dulu lagi dia akan pastikan dia cukup rehat. Baginya itulah kunci utama dalam menjaga kesihatan juga kecantikan. Tidur mesti cukup setiap hari, jika sibuk dengan penggambaran dia akan pastikan ada harinya dia boleh berehat. Dan dia berkongsi lagi sejak kecil emaknya akan memaksa dia memakan sayur-sayuran. “Emak selalu buat saya rasa rimas bila dia menyuruh saya makan sayur, tapi hari ini saya pula memaksa anak saya hal yang sama,” kongsinya dengan majalah Instyle.