Rambut bangs memang boleh ubah wajah nampak lebih comel atau bold! Jom lihat 7 selebriti wanita yang tampil berani dengan gaya rambut bangs!
Pernah tak tengok seseorang potong rambut bangs terus nampak comel? Ya, gaya rambut bangs ni memang ada ‘kuasa ajaib’ yang boleh buat wajah nampak muda, manis dan effortless stylish. Tak hairanlah ramai selebriti suka bereksperimen dengan potongan ni.
Jom kita tengok tujuh selebriti wanita yang tampil super cute dengan gaya rambut bangs!
Scha Alyahya
Micro bangs boleh dikatakan antara gaya rambut paling ‘digeruni’ ramai kerana bukan semua orang sesuai dengan potongan ini. Tapi siapa sangka, Scha Alyahya berjaya membuktikan yang dia memang boleh pull off apa saja gaya rambut, termasuk micro bangs!
Bagi saya, Scha memang ada aura tersendiri, apa saja gaya rambut dia tetap nampak cantik dan effortless. Potongan micro bangs ini pula beri efek lebih youthful dan edgy, dan saya memang kagum dengan Scha kerana berani mencuba sesuatu yang bukan semua orang berani cuba!
Ezzanie Jasny
Ezzanie tampil dengan soft wispy bangs, iaitu bangs yang nipis dan ringan, dengan helaian rambut halus yang jatuh lembut di dahi. Gaya ini memberikan efek natural, feminin dan elegan, sambil menonjolkan bentuk wajah tanpa menutup sepenuhnya dahi.
Bagi saya, Ezzanie kelihatan lembut yang kena sangat dengan gaya rambut ni, tak over tapi tetap menyerlah. Potongan wispy bangs ni pula beri efek natural, youthful dan chic, dan memang sesuai dengan penampilannya yang elegan tapi santai.
Eyka Farhana
Gaya full bangs yang digayakan oleh Eyka Farhana kelihatan cute, like a Barbie! Potongan bangs yang lurus dan kemas macam ni selalu beri efek sweet dan youthful, tapi dalam masa yang sama nampak high fashion sangat bila kena gaya.
Bagi saya, Eyka memang ada pesona lembut tapi bold dan bangs seperti ini buat dia nampak lebih sotisfikated tapi playful. Tidak semua orang berani atau sesuai dengan full bangs ni sebab ia boleh buat wajah nampak ‘tersembunyi’, tapi Eyka totally nailed it! Dia berjaya seimbangkan gaya rambut ni dengan senyuman manis dan overall look yang classy.
Shalma Ainaa
Shalma Ainaa tampil dengan gaya full bangs yang lembut, memberikan sentuhan semula jadi dan effortless pada keseluruhan penampilannya. Rambut lurus dan berkilat yang digayakan secara ringkas menyerlahkan lagi gaya minimalis yang tetap tampak stylish.
Gaya bangs seperti ini menjadikan Shalma kelihatan misteri tetapi chic, seolah-olah ada aura cool girl yang tidak perlu try hard untuk kelihatan menarik. Dengan gaya ini, Shalma berjaya membawakan vibe yang elegan, tenang dan penuh keyakinan, sangat sesuai dengan identiti fesyen serta personalitinya yang sentiasa unik.
Tabby Dolla
Tidak semua orang mampu tampil berani dengan gaya rambut berwarna terang, tapi Tabby buktikan yang dia bukan sekadar boleh bawa gaya itu, dia miliki identiti tersendiri yang buatkan semua mata terpaku.
Dengan potongan bangs kemas yang frame wajahnya, serta warna rambut yang unik dan penuh karakter, Tabby berjaya tonjolkan sisi fierce, playful dan stylish dalam satu pandangan. Gaya ini bukan sahaja memancarkan keyakinan, malah buat penampilan Tabby nampak effortless dan berkelas.
Bagi saya, Tabby memang ada aura istimewa, tak kira apa gaya yang dia pilih, hasilnya sentiasa tampak segar, bold dan penuh personaliti.
Nabila Huda
Kalau sebut pasal selebriti yang berani bereksperimen dengan gaya, nama Nabila Huda memang wajib ada dalam senarai teratas. Dengan potongan micro bangs yang dramatik dan penuh karakter, ia satu statement tentang kebebasan ekspresi dan keaslian diri.
Paling mengagumkan, Nabila berjaya bawa semua elemen ini tanpa rasa cuba too hard. It’s just her, unapologetically bold, proudly authentic, and effortlessly stylish.
Amelia Henderson
Dengan potongan bangs yang kemas dan flattering, Amelia nampak lebih elegan, moden dan ada that effortless charm. Bagi saya, Amelia memang ada signature aura, tidak kira macam mana rambut dia digayakan, hasilnya tetap nampak polished dan penuh karakter.
Bangs seperti ini boleh jadi tricky untuk sesetengah orang, tapi Amelia buat ia nampak begitu natural dan sotisfikated!
Baca: 9 Selebriti Wanita Yang ‘Hot’ Dengan Gaya Rambut ‘Skinhead’