Trend PDRN atau Salmon DNA kini semakin menguasai dunia kecantikan terutama K-Beauty sejak kebelakangan ini, bahan yang dulunya nampak klinikal dan jauh dari rutin harian biasa kini tiba-tiba menjadi bintang utama dalam dunia skincare.
Jika dahulu fokus utama adalah kulit cerah dan anti-aging, kini ramai yang mula pentingkan skin barrier yang kuat serta natural glow. Secara saintifik, PDRN merupakan fragmen DNA yang diekstrak daripada ikan salmon yang telah melalui proses penulenan untuk memastikan ia selamat digunakan pada kulit manusia. PDRN sering digunakan untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka, merangsang pembaikan tisu dan meningkatkan penghasilan kolagen semula jadi. Sebab itu ia banyak digunakan selepas rawatan seperti laser dan microneedling.
Menariknya, teknologi yang dulunya hanya digunakan di klinik kini telah dibawa masuk ke dalam bentuk serum harian, menjadikannya lebih mudah diakses untuk rutin kecantikan harian. Ia bukanlah menjanjikan perubahan drastik dalam masa satu hari, tetapi perubahan kulit akan lebih stabil, sihat dan real glow dari dalam.
Berikut EH! senaraikan tujuh serum PDRN terbaik yang menjadi pilihan ramai dalam dunia kecantikan tahun ini;
1. Medicube PDRN Pink Peptide Serum
Serum ini boleh dianggap antara top tier dalam kategori PDRN kerana popularitinya yang sangat meluas di Korea dan pasaran global. Ia menggabungkan PDRN, peptide kompleks dan niacinamide, menjadikannya formula yang sangat lengkap untuk pelbagai masalah kulit. Apa yang membuatkan serum ini digemari ramai adalah kerana teksturnya yang ringan, cepat meresap dan tidak meninggalkan rasa melekit.

2. COSRX PDRN Collagen Vitalizing Serum
Lebih clinical skincare feel dengan gabungan PDRN dan collagen low molecular weight. Fokus utamanya adalah untuk memperbaiki struktur kulit dari dalam. Collagen membantu menyokong keanjalan kulit, menjadikannya lebih firm sementara PDRN pula membantu proses pembaikan sel kulit yang rosak. Serum ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan perubahan pada kulit. Dengan penggunaan konsisten, kulit akan kelihatan lebih halus, sekata dan sihat secara keseluruhan.

3. Anua PDRN Hyaluronic Acid Serum
Jika kulit anda mengalami dehidrasi, terutama bagi mereka yang kerap berada dalam air-cond atau cuaca panas dan lembap. Serum dengan gabungan PDRN dan multi-layer hyaluronic acid ini membolehkan kulit bukan sahaja menerima kelembapan, tetapi juga mengunci kelembapan dalam lapisan kulit yang berbeza. Ini penting kerana kulit yang dehidrasi sering kelihatan kusam, tidak bermaya dan lebih mudah berkedut.

4. Numbuzin No.2 Rose PDRN Collagen Serum
Terkenal dengan konsep glass skin plumping effect, Numbuzin No 2 Rose PSRB collagen serum ini menggunakan rose-derived PDRN, collagen booster dan peptide blend yang bekerja secara sinergi untuk memperbaiki kualiti kulit. Dengan penggunaan yang konsisten kulit akan nampak lebih bouncy, lembap dan bercahaya dari dalam. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan effek glass skin.

5. VT Cosmetics PDRN Reedle Shot Essence
Agak berbeza berbanding serum PDRN lain kerana ia menggunakan teknologi micro-spicule atau reedle technology, iaitu struktur mikro yang membantu menghantar bahan aktif lebih dalam ke lapisan kulit. Kelebihan utama serum ini adalah ia bukan sahaja memberi manfaat PDRN, tetapi juga membantu memperbaiki tekstur kulit secara lebih intensif, termasuk pori yang kelihatan besar, permukaan kulit tidak sekata dan kulit kusam yang sukar dirawat dengan skincare biasa.

6. Rejuran Turnover Ampoule
Rejuran merupakan antara nama paling kuat dalam dunia PDRN kerana asalnya daripada rawatan klinikal dermatologi. Versi ampoule ini membawa teknologi yang sama ke dalam bentuk skincare yang lebih mudah digunakan. Fokus utama produk ini adalah skin regeneration intensif, terutamanya untuk kulit yang mengalami kerosakan seperti parut jerawat, skin barrier lemah atau kulit yang terlalu sensitif akibat over-exfoliation.

7. Genabelle PDRN Rejuvenating Serum
Sering dikaitkan dengan penggunaan dalam rutin dermatologi kerana sifatnya yang lebih healing-focused, ia bukan sekadar memberi glow, tetapi lebih kepada memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif, mudah breakout atau kulit yang sedang dalam proses recovery. Genabelle juga sering digunakan selepas rawatan seperti microneedling atau laser kerana ia membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit.
Artikel Berkaitan: K-Beauty Guide: Ini Produk Wajib Anda Beli Ketika Bercuti di Korea
