Wajah snatched tanpa suntikan? Yes, please! Siapa sangka, tangan anda sendiri sebenarnya adalah alat terbaik untuk anda mendapatkan wajah yang runcing tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.
Siapa yang tidak mahu wajah runcing dan jawline yang lebih defined? Tidak kira wanita mahupun lelaki, memiliki struktur wajah yang lebih runcing dan tajam sememangnya menjadi impian ramai. Namun, tidak semua sanggup atau berani melalui prosedur seperti Botox untuk mendapatkannya.
Dengan hanya luangkan masa beberapa minit setiap hari, gerakan lembut pada wajah mampu memberi impak yang besar. Tiada jarum, tiada downtime, hanya urutan konsisten sahaja mampu menyerlahkan wajah anda secara semula jadi. Jom EH! kongsikan tujuh teknik urutan wajah yang boleh anda amalkan di rumah untuk hasil yang berkesan tanpa sebarang jarum.
1. Sentuhan Lembut Lymphatic Drainage
Teknik ini membantu mengurangkan puffiness dan melancarkan sistem limfa. Gunakan hujung jari dan urut dari tengah dagu ke arah bawah telinga dengan tekanan lembut. Ulang 5–7 kali setiap sisi, pagi dan malam.
2. Teknik Knuckle
Bengkokkan jari untuk gunakan buku jari (knuckle) dan tolak dari bawah dagu hingga ke arah cuping telinga dengan tekanan sederhana. Ini bantu ‘mengukir’ garis rahang secara manual.
3. Teknik Cupping Gua Sha
Gunakan alat Gua Sha yang disejukkan, sapu serum atau minyak muka terlebih dahulu. Luncurkan alat dari dagu ke arah rahang secara perlahan. Lakukan selama 3–5 minit setiap hari untuk hasil yang lebih ketara.
4. Pinching Untuk Rangsang Kolagen
Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk ‘mencubit’ perlahan kawasan rahang, dagu dan leher. Teknik ini bantu merangsang penghasilan kolagen dan memperbaiki keanjalan kulit.
5. Urutan Lifting
Letakkan kedua tapak tangan di bawah dagu dan tolak ke atas sambil menekan perlahan. Fokus pada gerakan ke atas untuk memberi ilusi wajah yang terangkat.
6. Tapping Dengan Jari
Dengan hujung jari, tepuk ringan di sepanjang garis rahang dan pipi. Ini bantu merangsang peredaran darah dan mempercepatkan penyerapan produk penjagaan wajah.
7. Urutan Leher
Leher sering dilupakan, sedangkan ia kunci kepada rupa yang lebih ‘snatched’. Urut dari bahagian bawah leher ke atas ke arah rahang ini bantu menghalang pengumpulan lemak dan menggalakkan kontur yang lebih jelas.
Artikel Berkaitan: Rahsia Kulit Tidak Naik Jerawat Semasa Period