Bila bercakap mengenai imej ikonik dalam dunia K-Pop, hanya satu nama yang pasti terlintas iaitu G-Dragon. Dia menjadikan setiap perubahan warna dan potongan rambut sebagai fenomena global yang terus menjadi perbualan tanpa henti sehingga kini. G-Dragon membuktikan dia bukan sekadar bintang K-pop biasa tetapi trendsetter yang mencorakkan landskap fesyen dan seni dalam industri K-pop.
Dalam dunia K-pop, perubahan warna rambut adalah perkara biasa. Bintang K-pop menjadikan warna rambut sebagai identiti mereka. Setiap kali mereka mengubah gaya rambut, ia sering kali menjadi petanda era baru bakal bermula. Album baharu, muzik video, atau konsep konsert yang bakal dilancarkan. Namun, di antara banyak bintang yang menjadikan rambut sebagai tanda ekspresi, hanya satu nama yang benar-benar menguasai seni transformasi rambut iaitu G-Dragon.
Dari debut bersama BIGBANG hingga hari ini, setiap penampilannya membawa mesej yang lebih besar daripada sekadar muzik. Rambutnya, sering berubah mengikut alunan kariernya, menjadi simbol keberanian, visi seni, dan aura luar biasa seorang ikon yang mencetuskan gelombang trend dengan setiap langkahnya. Dari muzik, fesyen, hingga gaya rambut, dia sentiasa berada selangkah di hadapan. Mari kita cungkil beberapa momen rambut ikoniknya yang kekal dalam ingatan peminat sehingga kini.
7 Warna Rambut Ikonik G-dragon;
1. Gaya Sushi Di MAMA Awards (2013)
Rasanya, semua peminat pasti tahu tentang gaya ikonik ini. Semasa persembahan di Mnet Asia Music Awards 2013, G-Dragon tampil dengan gaya rambut yang terus menjadi viral di media sosial. Rambutnya yang berbentuk seperti tamago sushi mencuri perhatian ramai, malah menjadi meme yang tak henti-henti dikongsikan. Hanya G-Dragon yang mampu menjadikan gaya yang seakan ‘sushi’ itu sebagai satu statement fesyen yang tidak hanya mengundang gelak tawa, tetapi juga menjadi salah satu momen ikonik dalam sejarah K-pop!
2. Gaya Ikonik Fantastic Baby (2012)
Salah satu gaya rambut paling ikonik dan kontroversi sepanjang karier G-Dragon! Semasa promosi lagu “Fantastic Baby”, G-Dragon tampil dengan gaya rambut yang separuh dicukur dan separuh diwarnakan, gaya ini mendapat reaksi berbeza. Ada yang memuji keberaniannya, sementara yang lain menjadikannya bahan jenaka di rancangan realiti Korea. Tetapi, seperti biasa, G-Dragon membawa gaya ini dengan penuh keyakinan. Hingga kini, gaya ini terus dikenang sebagai salah satu transformasi paling berani dalam sejarah K-pop.
3. Era Bang Bang Bang (2015)
Kalau anda masih ingat di era Bang Bang Bang, anda mesti teringat rambut merah terang G-Dragon yang sangat memukau. Walaupun ramai bintang K-pop yang pernah tampil dengan rambut merah, G-Dragon berjaya memberi sentuhan berbeza yang menjadikan warna itu identiti tersendiri. Penampilan ini memancarkan tenaga dan semangat yang selari dengan lagu mereka. Dengan potongan sederhana tetapi warna yang berani, dia membuktikan bahawa kadangkala warna sahaja sudah cukup untuk mencuri perhatian penonton benar-benar seorang rockstar!
5. Gaya Rambut Hijau Joker (2017)
Warna rambut hijau sememangnya menjadi salah satu gaya ikonik G-Dragon yang sering mencuri perhatian. Salah satu momen paling diingati adalah semasa “0 to 10” tour pada 2017, di mana dia tampil dengan rambut hijau yang menyerlahkan personalitinya yang berani dan luar biasa. Warna hijau itu bukan sahaja melengkapi imejnya yang eccentric, malah memberi impak visual yang kuat, terutamanya di atas pentas. Dia juga turut dilihat menggayakan rambut hijau dalam beberapa acara fesyen ternama dan muzik video, menjadikan warna ini sinonim dengan gaya eksperimentasinya.
6. Back to Basic (2023)
Walaupun terkenal dengan eksperimen rambut yang berani, G-Dragon juga menunjukkan sisi klasiknya dengan gaya yang lebih sederhana. Dia perdah beberapa kali dilihat tampil dengan gaya rambut hitam, menghidupkan aura muda yang segar dan ceria. Terkenal dengan gelaran Chanel Boy, penampilan ini membuktikan walaupun tampil dengan gaya yang lebih kasual, dia tetap memberikan aura seorang bintang.
7. Merah Jambu (2024)
Selepas tujuh tahun berehat dari dunia seni, G-Dragon membuat kemunculan semula dengan single terbaru “Power” dan sekali lagi mencuri perhatian dengan gaya rambut merah jambu di pentas MAMA Awards 2024. Rambutnya yang diwarnakan pink menucri tumpuan. mencerminkan aura idol yang dimilikinya. Penampilannya ikonik ini menjadi perbualan hangat para peminat K-pop yang sudah lama menantikan kemunculannya di pentas besar.
Artikel Berkaitan: 7 Gaya Rambut Paling Ikonik Zayn Malik