1. Warna Rambut Copper Red – 2021 Trending
Penangan daripada siri Netflix, Queen’s Gambit, rambut tembaga merah menjadi trendy pada tahun ini. Kombinasi antara warna merah dan oren memberikan warna yang seakan-akan tembaga ini sesuai untuk mereka yang berkulit tona panas. Ia juga mampu menyerlahkan semua jenis warna mata.