2. Skin Brown/Ash Brown
Tular di seluruh media sosial kerana warnanya yang unik, Skin brown ataupun lebih dikenali sebagai ash brown di negara barat adalah kombinasi antara warna coklat yang bertona sejuk dan smoke undertone. Skin brown sesuai mampu meratakan penampilan tona panas pada kulit dan memberikan tanggapan yang lebih neutral. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkulit perang. Jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan warna ini, dinasihatkan bahawa anda cuba berunding dengan pakar warna rambut anda. Ini kerana ia warna yang agak sukar untuk dibuat.