Frédéric Malle Musc Ravageur
Baunya cukup seksi dan sensual. Frédéric Malle menerusi Musc Ravageur menonjolkan aroma yang penuh dengan tarikan tersendiri hasil adunan cendana, vanila, patchouli dan sandalwood. Ia juga disemerbakkan dengan percikan musk dan kayu manis juga mandarin. Haruman ini adalah hasil gubahan Frederic Malle bersama Maurice Roucel. Menurut Maurice haruman ini adalah satu terjemahan kepada penerokaannya sendiri dalam bermain dengan risiko mencampur aduk bahan-bahan haruman, dan untuk Musc Ravageur dia cuba berinteraksi dengan gabungan amber dan musk. Haruman seksi ini pastinya pilihan terbaik untuk Hari bapa buat anda yang bercita rasa tinggi. Musc Ravageur boleh didapati secara dalam talian di Kens Apothecary dan dijual pada harga RM599 (30ml), RM765 (50ml) dan RM1150 (100ml).