BOSS Bottled United Limited Edition Eau de Parfum
Sudah layak ditabal sebagai haruman ikonik di Hugo Boss, minyak wangi ini hadir dalam edisi terhad sempena meraikan lima pemain bola sepak ternama dunia seperti pemain tengah Jerman, Toni Kroos, penyerang England, Harry Kane, pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane, pemain tengah Sepanyol, Sergi Roberto dan juga penyerang Colombia, Radamel Falcao. Istimewanya kelalang Boss Bottled ini hadir dalam kemasan kilat mewah dalam warna hitam legam yang cukup eksklusif. Dari segi aromanya pula Boss Bottled ini menggunakan nota daun wild buchu serta nota kayu-kayan yang bersifat maskulin dan punya tarikan sensual tersendiri. RM386 9100ml) dan boleh didapati secara eksklusif di Zalora.