Mr. Burberry Indigo Eau de Toilette
Jenama fesyen terkenal dari kota London ini memperkenalkan pula Mr. Burberry Indigo Eau de Toilette untuk versi haruman yang lebih segar dan ringan. Istimewanya Haruman ini mendapat sentuhan istimewa pakar haruman tersohor Francis Kurkdjian. Mr. Burberry EDT mengangkat bau-bauan berasaskan sitrus dan dikahwinkan dengan nota kayu-kayan yang mengingatkan kepada atmosfera pantai-pantai di Britain. baunya disegarkan lagi dengan percikan lemon dan rosemary. Botolnya pula tampil dalam pesona biru cair dengan penutupnya adalah terjemahan kepada butang-butang kot trench yang sungguh sinonim dengan imej Burberry sendiri. Ayah anda mesti sukakan minyak wangi ini.