Item Grooming Jack Black
Jack Black memang sudah popular dengan item groomingnya, baik dari penjagaan badan hinggalah kepada membelai wajah. Jika ayah anda seorang yang cukup prihatin dalam penajgaan kulit, saya percaya dia akan sukakan produk-produk Jack Black. Beard Lube Conditioning Shave (RM75) misalnya memastikan cukuran lancar selain melembutkan bulu-bulu di muka. Ia juga mengandungi formula yang melembapkan kulit hasil campuran minyak jojoba dan minyak kacang Macadamia. Lagi satu yang saya suka Ialah All-Over Wash For Face, Hair & Body (RM94). Semuanya disatukan dalam satu tiub, sangat praktikal untuk kembara dan juga penggunaan di rumah. Turut ada Pit Boss Antiperspirant & Deodorant (RM75) dan Wax Pomade (RM123) untuk gaya rambut yang kemas lagi rapi. Hadiah hari bapa yang paling ideal. Semuanya di Kens Apothecary.