Diptyque Orpheon
Meraikan ulang tahun ke-60 tahun ini, Diptyque melancarkan haruman Orpheon sebagai satu keraian selaian penghargaan kepada lokasi asal pengasasannya. Diilhamkan Oleh Olivier Pescheux, haruman ini berinspirasikan atmosfera malam sekitar Saint Germain, dia menghimpunkan imaginasinya bersama suasana kelab-kelab di Paris itu. Olivier menggabungkan elemen kayu-kayan dan bunga-bungaan untuk satu haruman beridentitikan segar dan sensual. Sesuai buat lelaki yang sukakan sesuatu yang moden tapi bersifat malar segar. Mungkin inilah hadiah hari bapa yang anda cari.