ETERNITY Cologne for Him Calvin Klein
Mungkin inilah haruman sebahagian ayah-ayah hari ini ketika mereka muda belia. Eternity Cologne for him Calvin Klein antara Haruman ikonik, sangat sinonim dengan ramai lelaki di seluruh dunia. Eternity Cologne for him Calvin Klein meresap bau minyak halia, beri juniper, geranium, cardamome, lorenox dan accord. Ia adalah terjemahan kepada bau berempah dan alam, segar dan sangat secocok untuk lelaki yang kerap menjalankan aktiviti luar. Haruman ini adalah hasil buah fikir pakar Haruman Julie Massé, Ralf Schwieger dan Véronique Nyberg. Dapatkannya pada harga RM398 (100ml) dan RM286 (50ml).
Artikel Berkaitan: Foreo Lancar Luna 3 Men Khusus Untuk Lelaki