Kemaskan rutin kecantikan dengan barisan produk kecantikan terpilih sempena sambutan Tahun Baru Cina dalam bingkisan edisi terhad.
Musim perayaan kita bukan sahaja sibuk dengan persiapan tetapi juga rutin penjagaan kulit turut diambil berat. Seminggu sebelum, pasti ada yang berpusu ke pusat kecantikan hanya untuk memastikan wajah kelihatan berseri. Tahun ini, terdapat beberapa jenama kecantikan hadir dengan bingkisan istimewa di mana edisi ini hanya dijual sempena Tahun Baru Cina.
EH! Bariskan pilihan terbaik untuk anda sebagai bingkisan istimewa untuk diri anda atau sebagai hadiah kepada orang tersayang.
SUPERGOOP UNSEEN SUNSCREEN LIMITED EDITION SUPERSIZE
Hadir dalam saiz jumbo! Hanya edisi istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina. Supergoop bawakan produk Unseen Sunscreen SPF 40 ke Malaysia buat julung kalinya. Sesuai untuk semua jenis kulit tanpa meninggalkan kesan minyak. Apa lagi dapatkan dengan segera.
LAURA MERCIER FLAWLESS LUMIÈRE RADIANCE-PERFECTING CUSHION EDISI TERHAD,
Sempena meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina 202, Laura Mercier menampilkan tiga produk ikonik yang mendapat sentuhan berbeza. Salah satu produk ikonik Laura Mercier, hadir dalam bungkusan terhad berona merah dengan kemasan emas, ilhamnya cukup elegan. Keunikan bedak kompak cushion ini melindungi cela secara buildable yang merefleksi kepada warna kulit natural.
L’OCCITANE ALMOND SHOWER OIL EDISI TERHAD
Alami kulit selembut bayi dengan edisi terhad L’Occitane Almond Shower Oil. Tekstur mewah bertukar susu selepas terkena air ini melembapkan kulit tubuh badan dengan serta-merta. Edisi istimewa ini hanya boleh didapati dalam bungkusan sempena Tahun Baru Cina.
GUCCI LIMITED EDITION ROUGE ÀLÈVRES SATIN
Trio gincu merah dalam rekaan penuh eksklusif. Gucci Beauty turut tidak ketinggalan dalam menampilkan koleksi terhad khas buat sambutan Tahun Baru Cina. Gincu Rouge àLèvres Satin dihiasi bersama kelongsong rona emas bersama rekaan inspirasi Art Deco dikatakan membawa tuah buat si pemakai. Gabungan koleksi, 25* Goldie Red, 505 Janet Rust dan 513 Emmy beri ilham serba menarik dan sensual.
DYSON SUPERSONIC HAIR DRYER
Pemberian hadiah eksklusif saat menyambut musim festival sudah menjadi kebiasaan. Set pengering rambut Dyson Supersonic hadir dengan edisi istimewa. Keringkan rambut dengan segera saat sambutan Tahun Baru Cina dengan teknologi serba canggih dan cepat. Yang penting rambut bebas dari kepanasan haba.
CLÉ DE PEAU BEAUTÉ LIMITED EDITION THE SERUM
Bawa tuah bersama serum wajib dimiliki tahun 2021. Clé de Peau Beauté hadir dengan serum istimewa yang direka khas dalam kelongsong berona merah dan emas. Serum ini dikatakan memberi efek kulit lebih cerah, anjal dan bertindak sebagai illuminator kulit wajah. Tidak heranlah kenapa serum ini paling laris di pasaran.
FENTY BEAUTY NEW YEAR GLOW LIP + LUMINIZER SET
Tampil bersinar dari hujung kepala hingga ke hujung kaki saat meraikan musim festival. Fenty Beauty tampilkan edisi terhad yang menampilkan koleksi ‘Must Have’ iaitu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil dan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer.
FRESH LIMITED EDITION BLACK TEA
Sempena meraikan hari penuh bermakna, Fresh tampilkan pilihan istimewa dari koleksi paling laris Black Tea iaitu Kombucha Facial Treatment Essence, Black Tea Firming Corset Cream dan Black Tea Firming Overnight Mask. Gabungan trio ini disatukan dalam bungkusan merah bercorak bunga emas. Demi keselamatan di musim PKP ini, Fresh juga membuat servis penghantaran ke rumah. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari https://www.fresh.com/my/fresh-home-delivery.html
Artikel berkaitan Top 10 Ikon Cantik 90-an