Ady Razak jurusolek yang semakin diberi perhatian lewat kebelakangan ini. Jemarinya yang penuh seni sudah kerap menata rias selebriti tersohor tanah air. Antara figura yang sinonim dengan hasil karyanya ialah hos TV, Shalma Aina, Kaka Azraff, Izara Aishah, Indah Ruhaila termasuklah Yuna. EH! menghubungi Ady Razak dan dia berkongsi lapan item solekan yang wajib dia gunakan tiap kali menyolek wajah-wajah kliennya.