Bobbi Brown Vitamin Enriched Eye Base
“Dalam bersolek selain asas solekan, bahagian mata sering diberi perhatian. Jadi bagi saya kawasan sekitar mata juga perlu disediakan dengan sempurna sebelum sebarang solekan mata dimulakan. Saya sukakan krim mata dari Bobbi Brown ini kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai krim mata , ia juga berfungsi sebagai primer, secara tidak langsung menjadi eye base pada solekan. Jadi garis-garis halus sekitar mata tidak jelas kelihatan.”