Sudah tonton klip terbaru kempen Rouge Allure Velvet Nuit Blanche yang dibintangi oleh Margot Robbie? Jika anda menonton klip berdurasi 30 saat itu secara ringkasnya apa yang boleh ditafsirkan, makin terang cahaya makin lembut dan natural pilihan warna gincunya.
EH! mengamati lapan warna yang Chanel persembahkan menerusi koleksi terkini Rouge Allure Velvet ini dan saya bahagikan warna-warna ini mengikut situasi berbeza. Dan boleh jadi pilihan warna gincu yang saya sarankan ini akan membantu anda menyelusuri saat-saat tertentu (boleh jadi detik istimewa) dengan tenang dan menyeronokan. Gincu-gincu yang dibariskan (RM218 sebatang) ini sudah berada di butik kecantikan Chanel dan juga secara dalam talian di pautan INI.
Bila anda perlukan pelonjak keyakinan
‘Sienna Red’, warna merah pekat yang akan menyerlahkan warna bibir anda. Tidak perlu solekan yang tebal, calitan gincu ini sudah memadai untuk menghidupkan wajah. Mungkin selapis dua maskara juga cukup melengkapi.
Bila anda mahu feel seksi
Feeling sexy tidak semestinya kena pakai seksi hingga menjuluk mata. Dengan solekan juga anda boleh feel seksi, dan gincu Rouge Allure Velvet dalam rona ‘A Brick Orange’ adalah senjatanya. Aplikasi menggunakan berus dengan efek bibir bagai dilukis akan membuatkan bibir muncul bold.
Bila anda mahu tampil chic
Keluar dengan teman-teman perempuan selalunya anda mahu nampak chic, biarpun santai tapi mesti ada sisi diri tersendiri. ‘A Vibrant Fuchsia’ dari rangkaian ini pilihan paling secucuk.
Bila anda mahu nampak cheerful
‘An Orange Red’, warna merah-jingga yang menceriakan. Secalit gincu ini digandingkan bersama gaya solekan garis mata kucing (cat-eye) dan pemerah pipi koral, nah anda akan nampak segar.
Bila anda tidak mahu didekati
Anda seorang introvert dan anda terpaksa hadir ke majlis keramaian, dan anda mahu meminimumkan ruang untuk bercakap dengan orang. Warna ‘A Warm Brown’ ini pada firasat saya ia ada imej bold, garang dan misteri.
Bila anda mahu nampak feminin
Mudah, luncurkan saja gincu ‘A Purple’, warna merah jambu yang akan membuat air wajah nampak lembut. Jika nak nampak lagi segar dengan efek sun-kissed, layangkan sedikit highlighter pada tulang pipi dan hidung sebagai penyempurna riasan.
Bila anda mahu nampak natural
Calitkan ton ‘A Burnished Rosewood’ andai anda mahu warna bibir yang nampak lebih natural. Untuk hidupkan riasan wajah, mungkin anda boleh lebihkan pada sapuan pemerah pipi, tektur krim akan buat wajah nampak segar. Ia adalah dua gandingan paling sempurna.
Bila anda mahu jumpa si dia
‘A Fresh Pink’ akan buat wajah anda nampak manis, tak lebih tak kurang bila jumpa dengan pujaan hati. Warna merah samar seperti gincu ini ditafsirkan sebagai kelembutan dan ketenangan.
Tonton video kempen Rouge Allure Nuit Blanche di bawah ini!