EH! bariskan sembilan jurusolek paling ‘in’ yang mesti anda follow di Instagram, dan yang kami senaraikan ini terdiri dari pelbagai stail dan kebolehannya.
Jika anda peminat tegar dunia solekan, saya percaya sebahagian dari senarai ini sudah anda klik ‘follow’ di Instagram, tapi bagi yang baru mahu berjinak-jinak saya sarankan anda follow sekarang. Setiap seorang dalam senarai ini punya kebolehan dan keistimewaannya tersendiri, terpulanglah pada apa yang anda cari dan tafsiran anda tentang definisi cantik itu sendiri. Ayuh mulakan dengan menekan butang ‘NEXT’ di atas untuk mengenali sembilan nama hebat ini.
Sir John @sirjohn
Anda tidak perlukan klien lain untuk menjadi terkenal seandainya anda menjadi kesukaan Beyonce, itu sudah cukup untuk mengumpan orang untuk menjadi pengikut anda di Instagram. Sir John sudah beberapa tahun menjadi jurusolek tetap buat Beyonce khususnya untuk kemunculannya di acara-acara besar. Dia adalah individu yang bertanggungjawab menyolek Beyonce untuk persembahan di Coachella, Super Bowl, juga persembahan Beyonce sewaktu mengandungkan anak kembarnya di Grammy, serta beberapa kempen Ivy Park. Sekali-sekala ternampak kelibat wajah Joan Smalls dan Karlie Kloss menghiasi feed Sir John di Instagram.