Patrick Ta @patrickta
Jurusolek kelahiran Vietnam ini mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram. Gigi Hadid, Adriana Lima, Eva Longoria dan Olivia Munn hanyalah beberapa nama yang sering mendapatkan khidmatnya. Malah, artis kita Neelofa juga pernah merasa sentuhan solekan patrick Ta kala dia menghadiri minggu fesyen Paris dua tahun lalu. Patrick Ta sebelum ini pernah bekerjasam dengan Shiseido dan hari ini dia sudah punya jenama kosmetiknya Sendiri, Patrick Ta Beauty.