Sarah Tanno @sarahtannomakeup
Priyanka Chopra dan Olivia Wilde antara selebriti yang sering menggunakan khidmat tatariasnya, namun yang paling menonjol tentulah solekannya buat Lady Gaga. Sarah Tanno sudah banyak mencipta gaya solekan ikonik buat Lady Gaga termasuklah di MET Gala 2019 yang mana waktu itu dia mencipta gaya bulu mata palsu dalam ton perak buat Gaga yang dipilih sebagai hos untuk acara fesyen tahunan itu. Terbaru dia merias Lady Gaga untuk majlis pertabalan Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu.