Hung Vanngo @hungvanngo
Bila tiba musim anugerah, Hung Vanngo antara jurusolek yang tidak menang tangan memenuhi permintaan klien kelas satunya. Antara wajah ternama yang sering mendapat sentuhannya ialah Selena Gomez, Emily Ratajkowski, Jennifer Lawrence dan termasuklah Bintang Bollywood, Deepika Padukone. Vanngo juga mempunyai akaun YouTube dan walaupun baru sahaja dilancarkan beberapa bulan, jumlah sunscribers sudah menghampiri angka 300,000. Dia juga banyak bekerjasama dengan label kecantikan ternama dunia termasuklah Marc Jacobs Beauty.